Krisis Politik Terengganu: Tempoh Setahun Sebagai MB Sudah Berakhir – Mohd Shafie Apdal (video) - pakdin.my

Shafie-Apdal-terengganu
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

Jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu hanya dilanjutkan setahun selepas barisan nasional menang tipis di negeri itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 mei tahun lalu.

Ini terkandung dalam perjanjian persefahaman antara beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Ketika menjelaskan perkara itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, tempoh itu kini sudah berakhir dan datuk seri ahmad sepatutnya menghormati perjanjian itu.

Datuk Seri Mohd Shafie bercakap pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Doktor Zambry Abdul Kadir Di Ipoh siang tadi.

Sehubungan itu, katanya, tidak timbul soal untuk melanjutkan lagi tempoh itu dengan alasan majlis perkahwinan anak Datuk Seri Ahmad akan diadakan sabtu ini.

 

 

UTAMAPOLITIKKrisis Politik Terengganu: Tempoh Setahun Sebagai MB Sudah Berakhir - Mohd Shafie...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium