Krtitikan Dr M Melangkaui Dirinya - pakdin.my

TUNKU-AZIZ-NS-mahathir-najibT

Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kempen penentangan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak sudah terkeluar dari norma standard dirinya, malah tanpa beralasan dan terkeluar dari ketertiban biasa.

Pengarah Institut Antarabangsa Etika Awam, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dalam rencana “This & That” di akhbar New Straits Times berkata, Tun Dr Mahathir seharusnya membuat laporan Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM) jika beliau mempunyai bukti salah laku Perdana Menteri.

“Memetik laporan Sarawak Report sebagai sumber maklumat dan mempercayai laporan sedemikian tanpa memeriksa dan mengesahkan kebenaran dakwaan itu, saya bimbang tidak memberikan cerminan baik terhadap Tun Dr Mahathir yang dilihat seolah membenarkan dirinya sekadar menjadi pembekal khabar angin,” katanya.

Menurutnya, beliau percaya sesebuah kerajaan perlu bertanggungjawab di atas sebarang tindakannya dan tindakan tersebut pula perlu diletakkan di bawah pemerhatian teliti awam.

Pun begitu, kita katanya, tidak harus melitar pintaskan sistem dan peraturan yang mengawal selia cara kerajaan menjalankan urusannya.

Menurutnya, segala persoalan mengenai 1Malaysia Development Berhad, (1MDB) akan terjawab namun bukan menerusi gesaan dan tuduhan dengan motif-motif tidak sesuai.

“Tidak bolehkah kita menunggu sehingga semua dakwaan selesai dirungkai dan sistem keadilan dibawa masuk untuk memainkan peranannya”.

“Jika kita tidak mempercayai institusi yang ada, apa alternatif yang ada di fikiran kita,” soal beliau.

Menurutnya, beliau kesal kerana Tun Dr Mahathir, insan bertakdir agung sanggup membiarkan dirinya dipandang rendah di mata umat Melayu yang berharap beliau akan menggunakan pengaruhnya untuk menyatupadukan rakyat pelbagai bangsa di Malaysia, Melayu terutamanya.

Ini kerana, Tun Dr Mahathir katanya, berada di tahap terbaik untuk menggalakkan rakyat menerima hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang bangsa dan agama.

Tun Dr Mahathir katanya, masih berpengaruh dan beliau diharap akan meninggalkan legasi yang menjadi monumen untuk generasi mendatang sebagai ‘Bapa Pembangunan’ dan bukan sebaliknya, pemusnah keterlaluan dalam masyarakat dan institusi.

UTAMAEDITORIAL1MDBKrtitikan Dr M Melangkaui Dirinya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium