Kubah masjid Masjid Kubang Golok terbang - pakdin.my

pakdin.my

Bachok: Angin kencang selama hampir 15 minit menyebabkan kubah Masjid Kubang Golok runtuh selain turut menerbangkan bumbung kira-kira 22 kediaman, tadika dan sekolah dalam kejadian kira-kira 5.30 petang semalam.

Imam masjid, Yaakob Abdul Rahman, 67, berkata, pengurusan masjid kerugian sekurang-kurangnya RM100,000 berikutan kubah sebesar kira-kira 30.5 meterpersegi itu rebah dan menghempap dinding serta pagar masjid.

Katanya, sebelum kejadian, dia dan jemaah masjid bersiap untuk pulang ke rumah selepas selesai menunaikan Asar berjemaah.

“Memandangkan cuaca semakin mendung dan awan hitam muncul menyebabkan ramai yang nak balik rumah awal kerana bimbang ribut.

“Tak sangka pula masjid jadi sasaran. Alhamdulillah, tiada jemaah di masjid ketika itu dan tiada juga pengguna jalan raya ketika kubah tercampak,” katanya yang memberitahu masjid terbina sejak 1986.

Beliau berkata, sejak 22 tahun bergelar imam masjid itu, ribut kelmarin adalah kejadian pertama menyebabkan kemusnahan masjid.

Sementara itu, penduduk Kampung Kubang Golok, Sulaiman Hussin, 62, berkata beliau sempat merasai pusaran angin yang sangat kuat walaupun berlindung di dalam rumah.

“Bayangkan kubah masjid seberat dua tan ini boleh terbang hingga ke seberang jalan,” katanya ketika ditemui di masjid itu, hari ini.

UTAMAKubah masjid Masjid Kubang Golok terbang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium