Kumpulan Parasit Dalam PAS Pertahan Anwar & Guan Eng - pakdin.my

krisis-mb-selangor-parasit-dalam-pas

Seorang pengunjung laman pro ulama El Haraki, Nor Adiya mendedahkan sekurang-kurangnya tujuh individu dalam Jawatankuasa PAS pusat 2013/2015 yang menjadi pemuja Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam parti itu.

Mereka adalah Timbalan Presiden, Mohamad Sabu; Naib Presiden, Datuk Husam Musa; Ketua Penerangan, Datuk Mahfuz Omar dan lima orang Ahli Jawatankuasa parti; Dr Dzulkefly Ahmad, Khalid Samad, Hanipa Maidin, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa dan Dr. Mohd Hatta Ramli.

“Dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini, para pemimpin PARASIT seperti Hanipa Maidin, Husam Musa dan Dr. Dzul giat mempromosikan keperluan PAS terus berada di bawah jajahan Anwar Ibrahim dan DAP.

“Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) menjadi sasaran golongan ini dan para pecacai mereka untuk ditembak serta diserang dengan pelbagai tohmahan yang langsung tidak masuk akal.

“Semuanya hanya kerana TGHH tidak bersetuju dengan kehendak Anwar Ibrahim dan lebih mementingkan kemaslahatan ummat,” katanya ketika memberi komen terhadap poster bergambar El Haraki yang memaparkan 8 individu ‘Penyanggah Majlis Syura Ulama dan Pengkhianat parti,’ semalam.

Nor Adiya berkata ketiadaan dua tokoh ulama, Almarhum Datuk Harun Taib dan Almarhum Datuk Abu Bakar Chik sedikit sebanyak akan memberi kesan dalam mesyuarat pre-council yang diadakan pada malam semalam dan mesyuarat PAS Pusat pada malam ini, 17 Ogos.

Komen penuh Nor Adiya :

AJK PAS Pusat berjumlah 39 orang akan bermesyuarat malam ini (malam semalam) sebagai pre-council meeting sebelum mesyuarat sebenar malam esok (malam ini) untuk ketetapan dan keputusan PAS dalam isu Menteri Besar Selangor.

Beberapa nama yang sememangnya cukup kuat menyokong Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, juga berada dalam senarai AJK PAS Pusat.

Ketiadaan Almarhum Tuan Guru Harun Taib dan Almarhum Ustaz Abu Bakar Chik dalam mesyuarat malam ini (malam semalam) dan esok (malam ini) pasti akan amat dirasai khususnya oleh golongan pembela kebenaran.

Ini adalah kerana AJK PAS Pusat Sesi 2013-2015 dikuasai oleh golongan Anwarinas atau lebih tepat lagi PARASIT dengan Khalid Samad, Husam Musa, Hanipa Maidin, Dr. Dzul, Syed Azman, Hatta Ramli dan Mahfuz Omar merupakan antara teras utama kumpulan berkenaan.

Kumpulan inilah yang telah mengancam untuk menubuhkan parti baru dan bermufarakah dari PAS sekiranya PAS terus berdegil enggan mengakui ketuanan PKR dan DAP.

Bagaimanapun, apabila dicabar untuk mereka keluar dari PAS, tiada seorang pun yang berani, bahkan mereka memberi pelbagai alasan untuk terus mewajarkan mereka berada dalam saf kepimpinan utama PAS.

Dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini, para pemimpin PARASIT seperti Hanipa Maidin, Husam Musa dan Dr. Dzul giat mempromosikan keperluan PAS terus berada di bawah jajahan Anwar Ibrahim dan DAP.

TGHH menjadi sasaran golongan ini dan para pecacai mereka untuk ditembak serta diserang dengan pelbagai tohmahan yang langsung tidak masuk akal. Semuanya hanya kerana TGHH tidak bersetuju dengan kehendak Anwar Ibrahim dan lebih mementingkan kemaslahatan ummat.

Walaupun bukan dari mulut TGHH sendiri, tetapi akhirnya terbukti TGHH tidak seperti yang ditohmahkan oleh tentera-tentera munafikun.

TGHH mematuhi titah DYMM Sultan Selangor yang enggan menerima Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar.

Anehnya, walaupun tiada keputusan PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat, tetapi tentera-tentera munafikun ini telah membuat teori mereka yang tersendiri dan melakukan serangan seolah-olah PAS sudah mahu keluar dari Pakatan Rakyat dan berhasrat menghancurkan Pakatan Rakyat.

Mereka terlupa bahawa semua masalah ini berpunca daripada nafsu syahwat dan serakah Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim yang mahu membolot kekayaan Selangor untuk kepentingan peribadinya.

Anwar Ibrahim yang memulakan langkah untuk memecat Khalid Ibrahim, dan menggantikan dengan isterinya sendiri.

Anwar Ibrahim jugalah yang banyak menentang PAS sebelum dan selepas tetapi yang dipersalahkan adalah TGHH dan PAS.

Apa jenis manusia mereka ini yang langsung tiada perasaan malu dan harga diri? Mereka melakukan penipuan secara terang-terangan sepertimana yang cuba mereka lakukan dalam SKANDAL SPLASH dan Skandal Tanah Tropicana-Eco World.

Mereka melakukan kesalahan dan kemudian meletakkan kesalahan kepada orang lain.

Malam ini (malam semalam), mesyuarat akan diadakan. Mesyuarat yang diadakan di Ibu Pejabat PAS Jalan Raja Laut itu, pasti panas apabila kumpulan PARASIT yang bersifat munafik itu akan teguh mempertahankan kepentingan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dalam PAS.

Semoga LAKNAT ALLAH TAALA diturunkan kepada golongan munafik yang memilih kebendaan dan kemewahan berbanding kepentingan umat dan agama Islam di negara ini.

Hari ini, El Haraki melancarkan kempen ‘Solidarity 4 President’, supaya ahli parti hadir beramai-ramai ke Pejabat Agung PAS pada Ahad, 17 Ogos , 8.30 pagi sebagai tanda solidariti kepada Presiden, Mursyidul AM, dan parti.

Semalam, El Haraki mendedahkan pada pagi ini, 17 Ogos bersempena dengan Mesyuarat PAS Pusat bakal ada satu kumpulan yang dinamakan ‘Reben Hitam’ akan berkumpul di ibu pejabat parti, di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur yang mahu mendesak Presiden PAS menarik balik pendiriannya berhubung isu Menteri Besar Selangor

 

El Haraki Dedah 6 Nama Lajnah PKR Dalam PAS


UTAMAPOLITIKKumpulan Parasit Dalam PAS Pertahan Anwar & Guan Eng

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium