Lagi kes tembak di Setapak

tembak-samun-jalan-genting-kelang

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja sebuah stesen minyak, nyaris maut selepas terkena satu dari tiga das tembakan yang dilepaskan seorang lelaki dalam kejadian samun di Jalan Genting Klang, di sini, petang tadi.

Bagaimanapun tindakan suspek untuk melarikan diri dapat dipatahkan selepas dia ditahan orang ramai dan pekerja stesen minyak berkenaan dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa, berkata senjata yang digunakan suspek juga turut berjaya dirampas.

“Setakat ini mangsa seorang pekerja warga Bangladesh dikejarkan ke Hospital Colombia Asia, Setapak, untuk rawatan lanjut manakala suspek dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kecederaan pada kakinya semasa ditangkap orang awam.

“Berikutan kes ini, kita tidak menolak bahawa suspek sama turut terbabit dalam beberapa siri kejadian samun senjata api yang berlaku sebelum ini,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut sama ada suspek terbabit adalah ahli kumpulan kongsi gelap tertentu namun masih menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 3, Akta Senjata Api, (Penalti Lebih Berat) 1971, yang membawa hukuman mati jika disabit kesalahan.

Kejadian samun bersenjata api ini berlaku dalam jarak 300 meter dari lokasi V Kandasamy atau Kanna 43, ditembak mati ketika sedang memandu di Jalan Danau Kota, pada 27 Julai lalu.

8
Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Md Noor
Guest

Md Noor liked this on Facebook.

Azmi Haron
Guest

Azmi Haron liked this on Facebook.

tunteja4you
Guest

Lagi kes tembak di Setapak: KUALA LUMPUR: Seorang pekerja sebuah stesen minyak, nyaris maut selepas terkena s… https://t.co/rrCLV2FP3P

Aca Aszrin
Guest

Aca Aszrin liked this on Facebook.

adamacho
Guest

Lagi kes tembak di Setapak https://t.co/zjAxO0oQAz

KamaluddinIdrus
Guest

Lagi kes tembak di Setapak https://t.co/e90VLJdZ98

KamaluddinIdrus
Guest

Lagi kes tembak di Setapak https://t.co/eMhASAOglI

CyTroHS
Guest

Lagi kes tembak di Setapak: KUALA LUMPUR: Seorang pekerja sebuah stesen minyak, nyaris maut selepas terkena s… https://t.co/8gHTxTH5bk