Lahad Daru: “Tiger, Berambus Kau Dari Sini, Ini Bumi Kami” Pekik Penceroboh Sebelum Serang - pakdin.my

opsdaulat-pengganas-didakwa

KOTA KINABALU, — Mahkamah Tinggi di sini diberitahu bahawa kira-kira 35 hingga 40 penceroboh bersenjata mula menembak ke arah pasukan komando VAT69 sejurus selepas seorang anggota kumpulan itu memekik “Tiger, berambus kau dari sini, ini bumi kami!”

ASP Bingkok Anak John berkata beliau tahu gelaran ‘Tiger’ yang dimaksudkan merujuk kepada pasukannya iaitu komando VAT69.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Wahab Mohamed pada perbicaraan 30 individu berhubung insiden pencerobohan di Lahad Datu tahun lepas.

Di kandang tertuduh ialah 27 warga Filipina dan tiga penduduk tempatan yang berdepan pelbagai pertuduhan iaitu menjadi anggota kumpulan pengganas, melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, merekrut anggota untuk kumpulan pengganas dan melindungi orang yang mereka tahu adalah anggota kumpulan pengganas.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 12 Feb dan 10 April 2013.

Terdahulu, Bingkok memaklumkan bahawa beliau tidak menyangka anggota komando VAT69 Koperal Sabaruddin Daud, yang gugur dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac tahun lepas itu, ditembak kumpulan penceroboh kerana nampak Allahyarham berlindung di belakang pokok kelapa sawit.

“Dia berada di belakang sebatang pokok kelapa sawit tidak jauh daripada saya dan kami hanya dipisahkan oleh sebatang lagi pokok kelapa sawit.

“Saya hanya sedar dia telah ditembak selepas pertempuran berakhir,” katanya.

Bingkok, yang ditugaskan melakukan tinjauan di kawasan itu bagi pasukan B, berkata Sabaruddin cedera parah di kepala.

Selepas itu, Bingkok berkata beliau diarah ketua pasukannya Supt Mancha Anak Ata menguruskan untuk membawa keluar jenazah Sabaruddin dari kawasan operasi.

Katanya, jenazah Sabaruddin kemudian diserah kepada anggota Pasukan Gerakan Am.

Perbicaraan di depan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah bersambung, Rabu.

UTAMABERITALahad Daru: "Tiger, Berambus Kau Dari Sini, Ini Bumi Kami" Pekik...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium