Langkah perkasa Bumiputera dalam ekonomi akan diumumkan - pakdin.my

Kerajaan dijangka mengumumkan beberapa langkah dalam usaha memperkasa dan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara.

Pengumuman yang akan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak Sabtu ini, antaranya akan menyentuh modal insan, peluang perniagaan dan sektor pelaburan Bumiputera.

DATUK SERI ABDUL WAHID OMAR / MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

ABDUL WAHID OMAR“Kita merasakan bahawa masih banyak yang perlu dilaksanakan untuk tingkat bumi dalam ekonomi.Jadi untuk itu kami telah pun mengadakan perbincangan dengan agensi dan pelbagai NGO untuk mencari langkah atau rancangan untuk tambah baik program penyertaan Bumiputera”.

Untuk rekod, 67 peratus daripada 28 juta rakyat Malaysia adalah Bumiputera.

Sehingga tahun 2011, jumlah kemiskinan bagi Bumiputera semakin berkurangan daripada 64.8 peratus pada tahun 1970, kepada 2.2 peratus.

Pemilikan ekuiti oleh Bumiputera pula meningkat kepada 23.5 peratus tahun 2011, berbanding 2.4 peratus pada tahun 1970.

Tambah Datuk Seri Abdul Wahid, kerajaan juga mensasarkan pemilikan ekuiti oleh Bumiputera mencapai 30 peratus menjelang tahun 2020.

UTAMAEKONOMILangkah perkasa Bumiputera dalam ekonomi akan diumumkan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium