Laporan PAC Tiada Wang 1MDB Yang Hilang Berbanding Tiada Siasatan Kehilangan RM100 juta Skandal Forex - pakdin.my

Semua ahli PAC – Termasuk Ahli Parlimen Pembangkang Telah Membaca Laporan Audit 1MDB

Kenapa macai Pakatun masih meminta Laporan Audit Khas mengenai 1MDB?

Laporan Ketua Audi Negara ini telah digunakan oleh mereka bersama laporan-laporan lain bagi menyediakan laporan akhir PAC (Tony Pua pun berkata dia 80% berpuas hati) yang membuat kesimpulan bahawa tidak ada wang yang hilang dari 1MDB.

Laporan akhir PAC kemudian ditandatangani oleh semua anggota PAC – termasuk ahli parlimen pembangkang.

1MDB telah melunaskan semua pinjaman bank mereka dan pinjaman jangka pendek sementara baki 3 bon jangka panjang telah diambil kira sementara penyelesaian dengan IPIC mengambil kira aset dana USD2.5 bilion di mana 1MDB telah menerima pembayaran.

Laporan Audit Khas mengenai 1MDB tidak mempunyai sebarang pendedahan besar atau ledakan. Sekiranya ada, Ahli Parlimen pembangkang sudah tentu akan menyebutnya atau tidak akan menandatangani laporan PAC.

Oleh itu jangan dikelirukan.

Lebih baik Pakatan meminta Laporan Audit Khas atau Laporan PAC mengenai skandal Forex BNM yang bernilai RM100 bilion – yang mana tiada sesen pun telah diperolehi semula.

Nak kata apa ??

Tidak ada Laporan Audit Khas atau laporan PAC pernah dibuat untuk skandal Forex bernilai RM100 bilion?

Kenapa tidak ada?

Pakatan harus meminta Pengerusi mereka, Mahathir dan penasihat mereka yang dipenjarakan Anwar Ibrahim mengapa tidak ada laporan sedemikian.

LSS.

UTAMAPOLITIKLaporan PAC Tiada Wang 1MDB Yang Hilang Berbanding Tiada Siasatan Kehilangan RM100...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium