Lawatan Najib Ke White House: Tak fitnah Dan Menipu Bukanlah Virus Cap Bunga.

Mahathir dan pembangkang terus gelabah kerana lawatan Perdana Menteri Najib Razak ke White House.

President Amerika Syarikat tak terlepas dan difitnah oleh mahacai bunga.

Lihat sini: https://www.facebook.com/mahathirdalegend/photos/a.1595872327336228.1073741829.1595769104013217/1946371448952979/?type=3

Gambar Najib cium tangan ibu beliau telah ditukar menjadi fitnah cium tangan Donald Trump oleh mahacai Mahathir dan Cap Bunga.

******
Rujukan:

Najib Tun Razak mencium tangan ibunya, Tun Rahah Mohd. Noah selepas merasmikan majlis pelancaran buku bergambar Tun Hajah Rahah – Meneroka Impian Mencapai Wawasan di Menara Felda di Kuala Lumpur, semalam. Turut sama, Rosmah Mansor dan Tan Sri Isa Samad (kanan). – BERNAMA
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131105/dn_01/Felda-paling-berjaya-di-dunia

11 Replies to “Lawatan Najib Ke White House: Tak fitnah Dan Menipu Bukanlah Virus Cap Bunga.

  1. Pakar Ekonomi Singapura Akui Keadaan Ekonomi Malaysia Berkeadaan Baik

    Tan Su Shan adalah Group Head, Consumer Banking and Wealth Management di DBS Bank, Singapura. Ketika menjadi panel dalam rancangan CNBC, Tan Su Shan berkata ;

    “Walaupun apa yang telah berlaku secara politik di Malaysia, hakikat yang penting adalah bahawa situasi di Malaysia adalah agak baik”

    “Sudah tentu. Saya fikir Malaysia mempunyai salah satu pertumbuhan ekonomi tertinggi di rantau ini hari ini. Pada sekitar 5.5 hingga 5.9%, ia adalah lebih baik daripada orang lain buat masa ini. Dan Ringgit kini mula menunjukkan prestasi yang baik, mata wang itu menjadi stabil” ulas Shu Shan.

    Su Shan berkata demikian dalam rancangan Capital Connection siaran CNBC yang mengulas mengulas mengenai lawatan Najib ke Amerika Syarikat bertemu dengan Trump.

    Selain itu, Su Shan juga menangkis balik tohmahan Mahathir yang mengatakan keadaan ekonomi Malaysia tidak baik dan negara berada pada keadaan hendak muflis.

    Ketika ditanya oleh moderator CNBC Nell: “Dan prestasi Ringgit ini disebabkan oleh kelemahan Dolar yang telah kita saksikan, tetapi Ia menimbulkan persoalan yang telah anda sebutkan, adakah anda fikir prestasi Ringgit masih berada di bawah nilai?”

    Kemudian Su Shan menjawab :

    “Berbanding sesetengah mata wang Asia yang lain, ya, saya rasa ia masih di bawah nilai. Dan sekarang dengan semua ledakan infrastruktur yang akan bermula dengan dasar One Belt One Road dan kereta api”

    Saya fikir ia akan membawa kepada banyak pelaburan semula dan infrastruktur, dan perbelanjaan kerajaan” jawab Shu Shan.

    Orang luar negara iktiraf prospek ekonomi negara. Hanya pembangkang yang bebal sahaja tidak mahu menerima fakta sebenar.

    KDNK Malaysia adalah antara yang tertinggi dunia kini dan Malaysia adalah negara pilihan no. 1 pelabur di dunia pada tahun 2017 menurut World Economic Forum.

    Bagaimana pembangkang hendak bantah hujah ini? Bila tidak ada idea, akan keluarlah ayat “makan dedak” dari keyboard warrior dan penceramah mereka. Sungguh memalukan sekali hujah dedak ini.

Leave a Reply