Lebih RM26 Juta Kerugian Pelaburan Emas - pakdin.my

pelaburan-emas-rugi

Lebih RM26 juta kerugian yang membabitkan 16 kes penipuan pelaburan emas dalam talian dicatat antara Januari hingga semalam di negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka, Supt Ee Khong Koy berkata ia melibatkan 18 buah syarikat dengan 16 orang mangsa termasuk lima wanita.

Beliau berkata terdapat satu kes yang melibatkan seorang peniaga berusia 41 tahun yang kerugian RM21.6 juta.

“Jumlah tersebut menunjukkan peningkat jumlah kerugian dan bilangan kes berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu hanya satu kes dengan kerugian berjumlah RM10,000 dilaporkan,” katanya pada sidang akhbar di sini, Jumaat.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat pelaburan emas secara dalam talian dengan syarikat yang diragui dan sebaliknya melabur dengan syarikat yang sah.

Dalam perkembangan lain, Ee berkata seorang wanita Fadzilah Hashim, 46, yang beralamat terakhir di No 12, Jalan MP 11, Melaka Perdana Resort Home dikehendaki polis bagi membantu siasatan berkenaan kes wang palsu.

Beliau berkata wanita berkenaan ditahan setelah didapati memiliki 10 keping wang kertas RM100 yang disyaki palsu pada 6 Mac lepas.

“Suri rumah berkenaan telah memberitahu polis bahawa wang tersebut diterima suaminya hasil jualan barangan terpakai dan besi buruk,” katanya.

Namun katanya wanita berkenaan telah menghilangkan diri setelah dibebaskan dengan jaminan polis pada 7 Mac.

UTAMABERITALebih RM26 Juta Kerugian Pelaburan Emas

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium