Leicester bangkit lewat kejutkan Manchester United - pakdin.my

PENYERANG Manchester United, Radamel Falcao (tengah) diasak dua pemain Leicester City, Esteban Cambiasso (kanan) dan Leonardo Ulloa pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium King Power, Leicester, sebentar tadi. Keputusan penuh Man United tewas 3-5
PENYERANG Manchester United, Radamel Falcao (tengah) diasak dua pemain Leicester City, Esteban Cambiasso (kanan) dan Leonardo Ulloa pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium King Power, Leicester, sebentar tadi. Keputusan penuh Man United tewas 3-5

Leicester City bangkit daripada ketinggalan 3-1 sebelum menewaskan Manchester United 5-3 dalam saingan penuh dramatik Liga Perdana Inggeris, malam ini.

Satu ketika pasukan berbelanja besar, United tampak dalam perjalanan mahu merakamkan kemenangan dalam perlawanan kompetitif pertama di gelanggang lawan di bawah pengurus baharu, Louis van Gaal.

Ia terbayang selepas gol daripada Robin van Persie, Angel di Maria dan Ander Herrera memberi mereka modal selesa selepas 30 minit berbaki di Stadium King Power.

Namun, penalti kontroversi disempurnakan David Nugent mengurangkan defisit untuk pasukan bergelar Foxes itu kepada 3-2 selepas mereka menyumbat gol pertama menerusi Leonardo Ulloa.

Daripada detik itu ia bagaikan serangan satu hala dengan Jamie Vardy yang diberikan ruang menjadikan kedudukan 4-3 pada minit ke-79.

Empat minit kemudian, Ulloa menjamin kemenangan Leicester selepas pemain United, Tyler Blackett dilayangkan kad merah kerana menjatuhkan Vardy dalam kotak penalti. Penyerang berkenaan menjaringkan gol kelima.

Dalam perlawanan lain, West Bromwich Albion mendaki daripada tangga tercorot dengan menewaskan Tottenham Hotspur 1-0 menerusi jaringan pemain antarabangsa Scotland, James Morrison yang menanduk masuk pada minit ke-74 hasil sepakan sudut di White Hart Lane.

Keputusan EPL

Leicester City 5 Man United 3

Tottenham 0 West Brom 1

UTAMAGAYA HIDUPLeicester bangkit lewat kejutkan Manchester United

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium