Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Serangan Bom Molotov Terhadap Pegawai Kastam - pakdin.my

Kelihatan sebuah kereta Proton Savvy yang telah musnah dalam kebakaran yang dipercayai perbuatan khianat di kuarters kediaman Jabatan Kastam Diraja Malaysia Johor di Jalan Biru 2, Taman Pelang

Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan dua kejadian serangan terhadap pegawai kastam dengan menggunakan bom molotov di Taman Pelangi dan Taman Seri Pulai Perdana, di sini.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata lelaki berumur 38 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4 pagi di sekitar kawasan Gelang Patah, dekat sini.

Beliau berkata polis menerima beberapa laporan mengenai kewujudan pihak yang cuba mengganggu-gugat tugas anggota kastam, termasuk dua kejadian terbaru semalam.

“Lanjutan dari itu, polis mengadakan perjumpaan dengan Pengarah Kastam Johor Datuk Ramli Johari hari ini untuk membincangkan masalah berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Pos Polis Komuniti Taman Mutiara Rini, di sini.

Dalam kejadian di Jalan Biru, Taman Pelangi Rabu, bahagian hadapan rumah dua pegawai kastam dan sebuah kereta milik seorang daripada mereka terbakar apabila dilempar bom molotov.

UTAMABERITALelaki Ditahan Bantu Siasatan Serangan Bom Molotov Terhadap Pegawai Kastam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium