Lelaki Maut Dalam Insiden Pergaduhan Di Kampung Baru Kundang (video) - pakdin.my

maut-gaduh-kundang

Seorang lelaki maut dalam insiden pergaduhan di hadapan sebuah bengkel kereta, di Kampung Baru Kundang, Rawang, Selangor.

Kes dipercayai membabitkan anggota kumpulan kongsi gelap.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.20 malam semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai S. Alexander, 44 tahun.

Dia dikatakan pernah terlibat dalam kes pergaduhan minggu lalu.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan menghantar keretanya untuk dibaiki di bengkel ini, apabila secara tiba-tiba diserang oleh lima lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang yang menaiki dua buah kereta jenis Waja dan BMW.

Mangsa ditetak berkali-kali, sebelum suspek melarikan diri.

Orang ramai yang melihat kejadian segera menghantar mangsa ke Hospital Sungai Buloh.

Bagaimanapun dia disahkan telah meninggal dunia, akibat kecederaan parah di kepala, lengan dan kaki.

Motif sebenar kejadian sedang disiasat.

 

UTAMABERITALelaki Maut Dalam Insiden Pergaduhan Di Kampung Baru Kundang (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium