Lelaki Rampas Pistol Dan Kereta Peronda Polis Maut Kemalangan - pakdin.my

plaza-tol-chenor

Seorang lelaki bertindak merampas sepucuk pistol dan sebuah kereta peronda polis berdekatan Plaza Tol Chenor, Maran, Pahang, awal pagi tadi.

Suspek kemudian memandu kereta peronda berkenaan secara agresif selama empat jam selain turut melepaskan beberapa das tembakan rambang.

Kejadian bermula kira-kira jam 12:45 pagi.

Polis menerima maklumat mengenai perbuatan seorang lelaki yang dikatakan sedang berzikir di atas sebuah motosikal.

Beberapa anggota polis cuba memujuknya namun suspek dikatakan bertindak ganas dengan mengambil besi pengunci tambahan dan cuba menyerang anggota berkenaan.

Ini menyebabkan mangsa terjatuh dan suspek bertindak merampas pistol mangsa.

Suspek seterusnya meluru ke arah sebuah kereta peronda polis dan memecut kenderaan itu ke arah Pekan Awah.

Kira-kira jam 4:30 pagi, suspek mula memandu secara agresif berdekatan Kampung Bukit Lada sehingga terbabas melanggar perhentian bas.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifudin Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Suspek Muhd Nasrulfahmi Abdul Nasir, 22, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

UTAMABERITALelaki Rampas Pistol Dan Kereta Peronda Polis Maut Kemalangan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium