LIM KIT SIANG BERBOHONG DAP TIDAK BERSETUJU KENYATAAN ‘SKREW MELAYU’

Video di atas pernah menjadi viral dan diperkatakan. Klip video tersebut adalah klip video kempen DAP dalam Pilihanraya Negeri Sarawak yang lepas. Ia digunakan untuk membantu calon DAP Batu Kitang, Aziz Isa yang diharapkan dapat menjadi ADUN DAP Melayu yang akan melakukan huru-hara dalam DUN Sarawak sekaligus memberikan kelebihan kepada DAP.

Bagaimanapun Hew Kuan Yau ‘memecahkan rahsia’ DAP yang mahu menggunakan Melayu bagi memerangi Melayu menerusi kemenangan Aziz Isa sekaligus mengesahkan grand design DAP di seluruh Malaysia menerusi perekrutan lebih ramai anak muda Melayu, terutama menerusi Sekolah Demokrasi tajaan DAP bagi tujuan berkenaan.

Pada masa yang sama, pucuk kuasa kepimpinan DAP hanya berkisar dalam keluarga Lim Kit Siang sahaja membabitkan anak lelakinya, anak perempuannya bahkan menantunya iaitu isteri kepada Lim Guan Eng.

Pendedahan klip video Hew Kuan Yau menggemparkan sehinggakan Hew Kuan Yau kemudiannya berlakon keluar dari DAP walaupun pada masa yang sama, dia tidak pernah meninggalkan kerjanya selaku ‘pendakwah’ DAP pada sebarang masa sehinggalah kini.

DAP memberi alasan, pandangan dan kempen Hew Kuan Yau yang lebih dikenali sebagai Superman Hew itu sebagai pandangan peribadi bukan pandangan parti secara keseluruhannya.

Pada Ucapan Penggulungan Presiden UMNO pada hari terakhir Persidangan Agung UMNO, klip video yang menayangkan ucapan kempen Hew Kuan Yau dipertontonkan kepada para perwakilan.

Siaran tersebut, menyebabkan DAP meloncat. Lim Kit Siang bukan main marah lagi sambil mengatakan Hew Kuan yau telah pun meninggalkan DAP. Hew katanya telah melakukan kesalahan dan kesalahan tersebut tidak sepatutnya disebut-sebut lagi. (lihat berita di bawah)

Beralasankan Hew telah keluar parti walaupun sebenarnya masih bekerja untuk DAP, Kit Siang cuba ‘membersihkan’ rahsia yang dibuka oleh Hew Kuan Yau.

Lim Kit Siang juga memberi alasan bahawa DAP tidak bersetuju dengan kenyataan ‘Skrew Melayu’ oleh Hew dan telah keluar parti sedangkan sebenarnya DAP tidak pernah mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju dengan kenyataan ‘Skrew Melayu’ oleh Hew sebelum ini.

Tuntutan China Laut China Selatan – Ambil tindakan terhadap “Superman bodoh” DAP!

http://pakdin.my/tuntutan-china-laut-china-selatan-ambil-tindakan-terhadap-superman-bodoh-dap/

Hew meletakkan jawatan dan keluar dari DAP adalah kerana kenyataan beliau yang mengatakan Laut China Selatan adalah milik Negara China dan Malayia tiada hak menuntut kedaulatan keatas pertikaian Laut China Selatan.

http://www.roketkini.com/2016/07/14/dap-pertahan-kedaulatan-negara-dalam-pertikaian-laut-china-selatan/

Tu pun ada orang yang percaya juga cakap Kit Siang!!!

20161207-hew-laut-china-selatan-tuntut


WOULD NAJIB HAVE PLAYED A ‘SCREW CHINESE’ VIDEO?

Would Prime Minister Najib Razak have played a video depicting the vulgar remark made by former DAP man Hew Kuan Yew if it was about the Chinese?

DAP strongman Lim Kit Siang posed this question in a comment on the screening of a video at the Umno general assembly which showed Hew telling voters to let the “Malays screw the Malays.”

“Would Najib say Hew was right if he had said ‘Let the Chinese screw the Chinese’ or ‘Let the Indians screw the Indians?’” said Lim yesterday as he spoke to reporters covering the DAP national conference here.

However, he was anxious to distance himself from Hew. He said Hew was wrong to say what he said.

“A wrong is a wrong, but is it necessary for the prime minister to racialise crude, vulgar and wrongful expressions?”

He said DAP leaders disapproved of Hew’s remark and he subsequently left the party.

“Or had Najib been wrongly advised by his advisers, who had withheld from him this information?”

Hew made the remark in an attempt to whip up support for Malay DAP candidate Abdul Aziz Isa during the Sarawak state election early this year. He quit DAP after a backlash on his remarks about the South China Sea conflict.

Leave a Reply