Lima Maut Kereta Rempuh Tiga Motosikal Berhenti Di Lorong Kecemasan - pakdin.my

Lima Maut Kereta Rempuh Tiga MotosikalSebuah kereta yang dipecayai hilang kawalan merempuh tiga motosikal yang berhenti di lorong kecemasan di Km10.5 Lebuhraya Persekutuan awal hari ini, mengakibatkan lima orang maut di tempat kejadian.

Mangsa yang terbunuh termasuklah seorang penumpang kereta yang berhenti di untuk membantu mangsa kemalangan.

Mereka yang terbunuh dikenal pasti sebagai Muhammad Faridzuan Mohd Aziz, 21, Amirul Faiq Zainuddin, 22, Syahmie Farid Izzat Samsudin Shah, 21, kesemuanya penunggang motosikal dan pemandu kereta, Wilson Lee, 22, serta seorang penumpang kereta lain yang berhenti untuk memberi bantuan, M. Kalaychelven, 50.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata dalam kejadian pada 3 pagi itu, kereta yang dipandu Lee menghala ke Klang dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh tiga motosikal sedang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan.

Rempuhan itu menyebabkan kereta berkenaan terbalik beberapa kali dan Lee terhumban keluar kira-kira 50 meter daripada keretanya.

Akibat kejadian itu Lee dan dua penunggang motosikal iaitu Muhammad Faridzuan dan Amirul Faiq mati di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan kaki.

“Pada masa sama, sebuah kereta lagi berhenti di lorong kecemasan dan penumpang belakangnya, Kalaychelven keluar untuk memberi bantuan kepada mangsa tetapi sebuah motosikal yang ditunggang Syahmie Farid Izzat tiba-tiba datang dari arah belakang, hilang kawalan dan melanggar Kalaychelven.

“Akibat perlanggaran itu, Syahmi Farid Izzat yang cedera parah di kepala dan Kalaychelven yang cedera parah di kepala dan putus kaki kiri, turut meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya pada sidang akhbar di sini Ahad.

Kesemua mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, untuk bedah siasat dan sudah dituntut oleh keluarga masing-masing.

UTAMABERITALima Maut Kereta Rempuh Tiga Motosikal Berhenti Di Lorong Kecemasan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium