Logik Guan Eng: Cina Tak Boleh Tanding Kawasan Melayu, Cina Untuk Cina Je! - pakdin.my

Sebagai Setiausaha Agung kepada parti yang dikatakan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, Lim Guang Eng nampaknya meragui kepercayaan satu kumpulan masyarakat dalam negara, Melayu.

Guan Eng menerusi kenyataan dikeluarkan semalam telah memerli musuh politiknya dari Pertubuhan Cina Malaysia (MCA) dengan menggambarkan sebuah parti Cina bertanding di kawasan bermajoriti Melayu dengan bergantung kepada sokongan Melayu UMNO

“Di Bentong, kawasan parlimen (Presiden MCA) Liow, blok etnik terbesar adalah 46.1 peratus pengundi Melayu, sementara 42.4 peratus masyarakat Cina, 9.0 peratus India dan 2.5 peratus lain-lain.

“Di Ayer Hitam, kawasan parlimen (Timbalan Presiden MCA), kumpulan etnik terbesar pengundi adalah 57.6 peratus Melayu, sementara 38.3 peratus Cina, 3.9 peratus India dan 0.2 peratus lain-lain,” kata Lim untuk memberikan gambaran kepada dakwaannya.

Bagi bekas Editor The Malay Mail, Datuk Ahiruddin Attan, kenyataan oleh Guan Eng ini bukan sahaja telah menghina masyarakat Melayu tetapi membelakangi prinspip partinya sendiri yang memperjuangkan ‘Malaysian Malaysia’ tanpa mengira kaum.

“Apa yang saya lihat dan orang ramai lihat, Ketua Menteri Pulau Pinang yang tertekan ini menyindir diri sendiri. Beliau telah menghina pengundi Melayu,” kata Ahirudin atau lebih dikenali dalam kalangan penggiat media sebagai Rocky Bru.

“Jika pemimpin Cina bertanding dan menang di kawasan bermajoriti bukan Cina atau pemimpin India di kawasan bukan berkomuniti India, bukankah ianya testimoni dan pengesahan kepada politik berbilang bangsa?

“Bukankah ianya mempamerkan pengundi boleh membuat keputusan untuk TIDAK memilih latar kaum?” tegas Ahirudin dipetik blognya, Rockybru.com.

Tegasnya, dakwaan “MCA tidak boleh mewakili pengundi Cina jika bergantung kepada sokongan Melayu” juga menunjukkan kedangkalan Guan Eng serta kebodohannya sebagai wakil rakyat.

“Apa masalah dengan pengundi Melayu?

Baca seterusnya di:
http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/724126-logik-guan-eng-cina-tak-boleh-tanding-kawasan-melayu-cina-untuk-cina-je.html

 

UTAMAPOLITIKLogik Guan Eng: Cina Tak Boleh Tanding Kawasan Melayu, Cina Untuk Cina...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium