"Luahan Seorang Staf Pengurusan PETRONAS" Berbaur Fitnah – Bertaubaat Lah - pakdin.my

Dakwaan yang tersenarai di Whatsapp fitnah kononya dari “ahli pengurusan Petronas” yg tidak bernama bahawa Najib kejam kepada Petronas dan memaksa Petronas membayar wang berlebehian sehingga menjejaskan perkembangannya adalah tidak benar.Kalau betul dakwaan itu, takkan Petronas mampu bina projek2 gergasi seperti Pengerang, Sabah Ammonia Urea (SAMUR), projek gas Kanada dan Australia dan lain-lain – semua yang dilaksanakan selepas Najib menjadi Perdana Menteri..
Cuba kita banding status kewangan Petronas:
Tahun 2003 (tahun terakhir Tun M memerintah)
– Jumlah aset Petronas: RM177.8 bilion
– Wang Tunai Petronas: RM55 bilion
http://www.petronas.com.my/investor-relations/Documents/financial-results/FullYearEnded20030331-USD.pdf
Jun 2017 (kini)
– Jumlah aset Petronas: RM602 bilion
– Wang Tunai Petronas: RM125 bilion:
http://www.petronas.com.my/investor-relations/Documents/financial-results/Financial%20Report%20First%20Quarter%20Ended%2031%20March%202017%20(FY2017).pdf
Jelas bahawa selepas Tun M tidak lagi memerintah, kedudukkan kewangan Petronas jauh lebih kuat di bawah Najib.
Sebenarnya, Najib sangat mementingkan pertumbuhan Petronas dan ini disyorkan oleh pihak pengurusan tertinggi Petronas:
“We have a very understanding shareholder,” said Petronas president and group CEO,Wan Zulkiflee, implying that the ministry of finance did not press for more when Petronas was queried about its dividend projected for 2018.
https://asia.nikkei.com/Business/AC/Petronas-prioritizes-investment-over-dividend-to-state
Sebaliknya, semasa Tun M ialah perdana menteri beliau terkenal sangat terkenal menyalahagunakan wang Petronas e.g Bail out syarikat transportasi Mirzan, bail out Proton, bayar berbilion untuk tanah KLCC lepada kroni Ananda walaupun kerajaan sudah boleh ambil balik tanah itu dengan murah, bina bangunan Dayabumi yang kini tidak bernilai, bail-out BMF beberapa kali,
Ini tidak termasuk Tun M memberi kontrak berbilion2 kepada syarikat anaknya Kencana Petroleum semasa dia penasihat Petronas selepas bersara – suatu konflik of interest yang amat besar.
Sudah-sudahlah Pakatan Harapan yang suka menyebarkan ratusan propaganda fitnah melalui Whatsapp tiap-tiap tahun.
Yang cipta Whatsapp fitnah berdosa. Yang sebar fitnah pun berdosa.
UTAMA"Luahan Seorang Staf Pengurusan PETRONAS" Berbaur Fitnah - Bertaubaat Lah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium