MAHATHIR – ANWAR: DAHULU PECAT SEKARANG SOKONG. TERNYATA MAHATHIR MENIPU DALAM BUKUNYA “A DOCTOR IN THE HOUSE”

Ramai yang seakan tidak percaya dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat mula memberikan sokongan terbuka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir di Konvensyen Pakatan Harapan Sabtu lalu.

Malah ada dikalangan penyokong tegarnya turut dilihat terperanjat sehinga terpaksa mengosok mata dua kali apabila melihat Mahathir turut memakai lencana ‘Bebaskan Anwar’ sebagai sokongan terhadap kempen yang dijalankan.

Ini kerana mereka yang pernah membaca autobiografi Dr. Mahathir, A Doctor in the House yang diterbitkan pada 2011 pasti masih ingat kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa Anwar telah dibekalkan dengan empat wanita untuk mengadakan hubungan seks sebelum dia dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998.

Tidak cukup dengan itu, di buku yang sama Mahathir turut mempertahankan tindakannya memecat Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Beliau tidak memberikan sa­ya sebarang pilihan selain menyingkirkannya.”

“Saya melakukan apa yang saya rasa terbaik untuk negara. Saya mungkin telah melakukan banyak kesilapan, tetapi menying­kirkan Anwar bukanlah satu daripadanya,” kata Dr. Mahathir lagi.

Apakah ini membawa maksud apa yang ditulis oleh Dr Mahathir di dalam buku tersebut adalah fitnah dan rekaan semata-mata?

Sekiranya benar, masyarakat khususnya penyokong Anwar seharusnya mendesak Mahathir membuat satu kenyataan terbuka bagi memohon maaf terhadap semua kezaliman yang dilakukan itu.

Malah buku autobiografi yang ditulis oleh bekas perdana menteri itu juga seharusnya diharamkan dan dibakar kerana mengelirukan dan berbaur fitnah.

20161116-mahathir-doctor-in-the-house-pembohong

55 Replies to “MAHATHIR – ANWAR: DAHULU PECAT SEKARANG SOKONG. TERNYATA MAHATHIR MENIPU DALAM BUKUNYA “A DOCTOR IN THE HOUSE”

Leave a Reply