Mahathir Bapa Hipokrasi : Dulu Reformasi, Kini Kleptokrasi - pakdin.my

Tidak ada gelaran yang sesuai untuk Mahathir sekarang ini melainkan menggelarkanya sebagai “Bapa Hipokrasi”. Kerosakan yang dibawa oleh Mahathir bila bersama sama dengan pembangkang menyerlahkan sikap hipokrasi sebenar Mahathir.Kalau orang tanya mana macam mana RM32 billion boleh hilang? Mahathir kata “tidak tahu”. Bila ditanya pasa derma RM1 billion pada DAP, Mahathir kata “hanya orang gila yang percaya”.
Ini jawapan orang yang penuh hipokrasi. Jawapan yang berbentuk “everything to hide”.
Ketika ucapan terakhirnya di Masjid Negara, sebelum ditahan dan disumbat  ke penjara. Anwar Ibrahim berkata “Rupa rupanya kuasa yang diambil daripada raja diserahkan kepada mamak bendahara (Mahathir).
Sekarang kita mahu kuasa balik kepada rakyat. Baik satu syarat. Saya akan setuju beramai ramai ke Dataran Merdeka dengan satu syarat. Terima syarat, baru boleh pergi. Kita mahu reformasi. Kita mahu Dr Mahathir berhenti. Boleh? Berjalan sekarang” kata Anwar di Masjid Negara pada 20 September 1998. Malam tersebut, Anwar terus ditahan dirumahnya.
Ramai puak reformis yang kena kayu cota dan air pemedih mata kerana lawan Mahafiruan pada ketika itu. Sepanduk sepanduk yang dibuat banyak bertulis minta “Mahathir Resign” atau letak jawatan. Kini selepas 19 tahun, segala galanya sudah jadi terbalik dan terpusing habis.
7 Oktober 2017, ketika berucap atas “forklift” dalam kempen bersolidariti bersama Tian Chua, Mahathir berkata “Selagi kita tidak boleh jatuhkan kerajaan ini, kita tidak boleh adakan reformasi, kita tidak boleh buat apa apa”.
Mahathir kini sudah bercakap hal “reformasi” dan mahu menjatuhkan kerajaan bila duduk bersama dalam pembangkang.
“Di negara lain, rakyat berperang bermati matian untuk menukar kerajaan. Mereka berdemonstrasi di jalanan hari hari. Berjuta orang keluar. Mereka dikenakan gas pemedih mata. Ditembak sehingga mati tetapi mereka terus berusaha untuk menjatuhkan kerajaan yang zalim” kata Mahathir.
Mahathir sedar atau tidak semasa dia berceramah ini? Dia sebenarnya kata kepada dirinya sendiri. Telinga dia yang pertama kali mendengar apa yang dia cakap ini. Dulu semasa reformasi, siapa yang kena gas pemedih mata, siapa yang berdemo untuk menjatuhkan pemimpin yang mereka panggil dengan gelaran Mahafiruan?
Inilah Mahathir sekarang, penuh hipokrit dan umpama paku dulang paku serpih. Mengata orang, dia yang lebih.
Hipokrasi Mahathir ini juga terserlah apabila dia menegur dan menasihati para mahasiswa universiti bahawa amalan demokrasi tidak diajar dalam Al Quran.Pada tahun 2014, Mahathir mengaku dia membaca Al Quran dalam bahasa yang difahaminya. Tujuannya untuk dia mengetahui ilmu Al Quran.
Dia juga menempelak mahasiswa yang tidak mahu ikut ajaran dalam Al Quran, sebaliknya hanya suka dengar hasutan pensyarah. Justeru dia berpesan kepada mahasiswa bahawa dalam Al Quran tidak pernah diajar kita untuk berdemo.
Tetapi sekarang apa sudah jadi? Mahathir tanpa segan silu di usia 92 tahun menghasut rakyat untuk membelakangi Al Quran dengan meminta rakyat turun berdemontrasi.
Apa yang dia tidak pernah gelar kepada para demonstran dahulu, apa pula yang dia tidak pernah lakukan kepada para demonstran? Semuanya dia sudah lakukan.
Menggunakan nama hapus kleptokrasi, Mahathir memujuk rakyat untuk turun berdemo bersama-samanya pada 14 Oktober ini. Sebelum itu lagi semasa demo BERSIH 5.0, Mahathir telah menunjukkan hipokrasinya dengan mengajak rakyat untuk turun ke jalan raya menjatuhkan kerajaan.
Demo pada Sabtu ini buat pula di padang yang dekat dengan pejabat PPBM di Petaling Jaya. Risau takut orang tidak ramai, Mahathir sudah tukar demonstrasi itu jadi macam karnival dan ada makanan percuma kepada siapa yang hadir berdemo.
Bila Mahathir menjadi pengerusi pembangkang, nampak sangat demonstrasi yang cuba dianjurkan oleh pembangkang ini gagal. Dulu kalau pembangkang buat demonstrasi, mereka target sejuta orang. Sekarang ini, zaman Mahathir jadi pengerusi pembangkang, hanya 100,000 orang sahaja targetnya.
Itu pun buat pada malam hari. Takut orang ambil gambar demonstrasi tidak ramai orang. Jadi bila gelap, tidak nampak sangatlah padang itu kosong dan tiada orang.
Sekarang bila sudah berkawan baik dengan DAP dan PKR, Mahathir sudah lupa ajaran Al Quran? Apakah ayat Al Quran yang Mahathir guna sekarang untuk halalkan demonstrasi jalanan bagi menjatuhkan kerajaan yang sah?
Inilah “Bapa Hipokrasi” di Malaysia, Mahathir sanggup buat apa sahaja untuk membolehkan anaknya menjadi Perdana Menteri. Gila sungguh hendak jadikan anaknya sebagai Perdana Menteri. Apa boleh buat, semuanya ini hanya untuk kepentingan kroni sahaja bukannya untuk rakyat pun.
UTAMAPOLITIKMahathir Bapa Hipokrasi : Dulu Reformasi, Kini Kleptokrasi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium