Mahathir Hapuskan GST Serta Bantuan Kepada Rakyat Untuk Beri Pada Kroni


https://youtu.be/YFjJXK0o4vU

Sekiranya di bawah Pakatan, GST akan dimansuhkan tetapi ia bermakna pengembalian pembayaran hanya akan diberi kepada kroni dan bukan rakyat termasuk gaji perkhidmatan awam yang rendah. Dan tentu saja, tidak ada BR1M. Mahathir juga mahu mengurangkan kakitangan perkhidmatan awam.

Selamat kembali ke tahun 1980-an tidak lama lagi di mana wang kerajaan tidak disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan tetapi kepada orang kroni dan kaya.

P.S. Eh.. Mahathir tidak sedar bahawa selain BR1M, kerajaan juga membantu miskin tegar setiap bulan melalui Jabatan kebajikan Masyarakat?

******************
Mahathir: Bagaimana Malaysia Boleh Hapuskan GST

Malaysia tidak perlukan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan ia boleh dihapuskan tanpa menjejaskan pendapatan kerajaan atau membebankan rakyat, kata Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Mahathir, kerajaan Najib melaksanakan GST untuk menampung kerugian akibat penyelewengan dana awam yang dibelanjakan untuk dasar-dasar populis.

Katanya, ini termasuklah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), elaun RM300 kepada nelayan, pemberian RM800 untuk pengerusi-pengerusi Jawantankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), tajaan program hari, dan pemberian wang persaraan untuk golongan yang tidak layak.

“Kerajaan Perdana Menteri Najib Razak tidak mempunyai wang yang cukup kerana penyelewengan dalam pengurusan dana kerajaan yang digunakan untuk meraih populariti untuk diri sendiri,” katanya.

Menurut Mahathir, tindakan Najib menaikkan gaji penjawat awam, menambah jumlah penjawat awam kepada 1.6 juta serta menubuhkan agensi-agensi dengan peruntukan yang besar seperti Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) telah menjejaskan lagi dana kerajaan.

“Semua pihak yang mendapat untung daripada pemberian Najib mungkin berasa gembira. Namun sebenarnya peningkatan pendapatan itu tidak begitu menguntungkan mereka.

“Ini kerana peningkatan gaji mereka selalunya menyebabkan kenaikan kos hidup. Dalam kata lain, peningkatan gaji tidak meningkatkan kemampuan membeli mereka.

Beban kekurangan dana

“Yang penting bukannya berapa banyak gaji seseorang. Yang penting adalah kemampuan membelinya. Apabila kos barangan dan perkhidmatan meningkat, pendapatan tambahan yang diperoleh seseorang tidak begitu bermakna,” kata Mahathir.

Untuk mengatasi beban kekurangan dana, kerajaan perlu mengurangkan defisit dengan menghapuskan kepercayaan bahawa wang mampu membeli populariti, mengurangkan kos dan menampung kerugian 1MDB, kata Mahathir.

Mahathir menambah, kebanyakan penerima BR1M mampu hidup tanpa BR1M dan pemberian BR1M seharusnya ditukar kepada elaun untuk golongan miskin yang tidak mempunyai pekerjaan.

“Jumlah sebenar bantuan kepada golongan miskin tegar seharusnya dinaikkan dan diberikan setiap bulan, bukannya setahun sekali,” katanya.

Berkenaan elaun kepada nelayan, Mahathir berkata tindakan yang tepat untuk dilakukan adalah meningkatkan usaha penguatkuasaan dalam memastikan nelayan asing tidak menceroboh perairan negara sekaligus membolehkan golongan nelayan tempatan meraih pendapatan yang lebih tinggi.

“Pelbagai lagi elaun seumpamanya perlu dikaji semula atau dimansuhkan. Kenaikan gaji penjawat awam tidak seharusnya datang dengan kemerosotan nilai wang. Ada cara lain untuk melaksanakannya.

“Jika kerajaan berhemah dalam pengurusan dana kerajaan, kekurangan dana tidak seharusnya terjadi. Pengenalan cukai baru boleh dielakkan,” katanya.

8 Replies to “Mahathir Hapuskan GST Serta Bantuan Kepada Rakyat Untuk Beri Pada Kroni

Leave a Reply