Mahathir Masih Mahu Berkuasa

Sebagai Penasihat PPBM, Mahathir mahu menguasai PM

20160927-mahathir-masih-mahu-berkuasa

Bukan rahsia lagi bahawa tujuan Tun Dr Mahathir Mohamad rapat dengan parti pembangkang lain dan mahu mereka menerima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik menjadi Perdana Menteri jika pembangkang menang pilihan raya umum akan datang.

Bagi tujuan itu, Tun Mahathir sanggup berbaik dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin DAP Lim Kit Siang.

Beliau tidak kisah tindakannya duduk bersama musuh-musuh politiknya sebelum ini dikecam pelbagai pihak kerana hanya dengan cara itu Tun Mahathir percaya Muhyiddin serta anaknya Datuk Seri Mukhriz boleh kekal di gelanggang politik.

Dengan pengakuan beliau bahawa Muhyiddin yang kini penaja PPBM adalah bakal perdana menteri ketika berceramah di London, minggu lalu, Tun Mahathir menampakkan bahawa beliau tetap mahu berkuasa dan mahu mengawal parti pembangkang lain terutama DAP, PKR dan Parti Amanah Negara.

Lebih menarik Tun Mahathir juga mahu berkuasa terhadap perdana menteri baharu nanti.

“Perdana Menteri masa depan tidak akan terlalu bebas kerana dalam parti baharu (PPBM), kita mempunyai bukan sahaja presiden tetapi juga pengerusi,” katanya.

Tun Mahathir, yang juga Pengerusi PPBM berkata, pengerusi parti itu perlu berunding mengenai urusan kerajaan untuk memastikan bahawa Perdana Menteri tidak membuat keputusan dengan sendiri.

“Sudah tentu beliau mempunyai kabinet. Tetapi kabinet kadang-kadang menjadi terlalu patuh kepada Perdana Menteri kerana beliau melantik mereka, (maka) mereka tidak akan menentang.

“Parti baru (PPBM), kami memastikan kuasa presiden akan tertakluk kepada perjanjian dengan sekumpulan AJK di dalam parti,” katanya.

Ini bermakna Tun Mahathir sudah membayangkan beliau mahu menguasai perdana menteri daripada PPBM (Muhyiddin) atasan alasan tidak mahu perdana menteri membuat keputusan sendiri tetapi mesti mendapat penasihat parti iaitu beliau sendiri.

Maka amat jelaslah tujuan serangan dan krtitikan keterlaluan beliau terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak kerana kecewa Perdana Menteri tidak mahu mengikut telunjuknya.

Namun, Tun Mahathir boleh menyimpan cita-cita itu kerana parti pembangkang lain tentu tidak akan membenarkan Muyhyiddin dilantik sebagai perdana menteri dengan begitu muda.

Seperti ditegaskan Ketua Publisiti DAP, Tony Pua kepada Malaysiakini, calon berpotensi Pakatan Harapan untuk jawatan perdana menteri masih adalah Anwar.

“Pendirian Pakatan Harapan kekal, Anwar Ibrahim (sebagai perdana menteri,” kata Pua kepada Malaysiakini.

Ditanya jika ini dapat dipertahankan memandangkan Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun, beliau berkata: “Kami akan bimbang tentangmya kemudian.”

Ini belum ambil kira kenyataan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang sudah tentu mahu Anwar sebagai perdana menteri kerana itulah perjuangan mereka sejak dahulu lagi.

23 Replies to “Mahathir Masih Mahu Berkuasa

Leave a Reply