Mahathir Membodohkan Macai Beliau Mengenai Rang Undang-undang Perbekalan - pakdin.my

Mahathir dalam entry terbaru beliau di blog chedet.cc menulis:

“Jika diteliti keuntungan perniagaan Malaysia hari ini, cukai yang dikutip tetap lebih tinggi dari zaman Proton laris dijual. Tetapi hutang Kerajaan membukit. Di mana pergi dana Kerajaan ini. Apakah ia telah masuk poket orang itu dan orang ini?” 

Apakah Mahathir sudah nyanyuk atau sengaja membodohkan macai beliau mengenai perbelanjaan hasil cukai yang disatukan?

Kalau hendak menimbulkan kebencian sekalipun bukan dengan jalan mencipta persepsi atau lebih parah membuat fitnah apa lagi dibulan mulia ini.

Yang meroyan mengenai kemana kutipan cukai dibelanjakan sila baca.

GST adalah hasil Kerajaan Persekutuan. Oleh itu, kesemua kutipan tersebut akan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan bersama hasil-hasil Kerajaan Persekutuan yang lain.

Kumpulan Wang Disatukan tertakluk kepada Rang Undang-undang Perbekalan sebelum boleh di belanjakan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Baca sini mengenai RUU Perbekalan: https://www.google.com/search?q=rang+undang+undang+perbekalan

Pembentangan belanjawan pada setiap tahun adalah memenuhi kehendak-kehendak Perlembagaan ini. Secara asasnya, melalui pembentangan belanjawan, kerajaan memohon kebenaran rakyat (melalui Dewan Rakyat) untuk membelanjakan wang daripada Kumpulan Wang Disatukan.

Baca disini mengenai peruntukan kewangan: https://m.wikisource.org/wiki/Perlembagaan_Persekutuan_Malaysia/Peruntukan_Kewangan

Setiap rakyat mempunyai akses untuk melihat sendiri laporan pembentangan bajet dan sekiranya telah diluluskan di Parlimen ianya akan menjadi akta dan setia perbelanjaan diaudit oleh Jabatan Audit Negara serta disemak oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) yang jawatankuasanya terdiri dari kalangan Ahli Parlimen Parti Pemerintah dan Pembangkang.

UTAMAPOLITIKMahathir Membodohkan Macai Beliau Mengenai Rang Undang-undang Perbekalan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium