MAHATHIR MEMBUNUH KARIER POLITIK MUHYIDDIN SECARA HALUS

20170119-forest-city-mahathir-muhhiddin

Sebagai Presiden sesebuah parti, untuk menjatuhkannya sudah pasti ia memerlukan perancangan yang teliti dan sempurna untuk memastikan ia berjaya.

Begitulah yang terjadi kepada Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sedang cuba disingkirkan dari kamus politik oleh Mahathir.

Dalangnya, ialah Pengerusi parti itu sendiri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi kini beliau sudah kelihatan sedang membunuh karier politik Muhyiddin secara amat halus.

Umum mengetahui sekarang ini, Dr Mahathir sedang dalam keadaan tegang dengan baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam isu pelaburan projek pembinaan Forest City di Johor Bahru.

Dalam hal ini, sebagai Presiden, Muhyiddin nampaknya mempertahankan Dr Mahathir dengan sama-sama dilihat berbalah dengan baginda dan beliau menganggap ia soal kedaulatan dan bukan soal kesetiaan beliau kepada Sultan Ibrahim.

Dulu, dalam UMNO, Muhyiddin melawan bosnya, iaitu Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak, kini beliau dilihat hendak menentang baginda Sultan di negerinya sendiri pulak.

Sebenarnya Muhyiddin tidak sedar, yang menghancurkan beliau di jawatan TPM adalaj Mahathir. Ini kerana Muhyiddin enggan setia pada Najib dan memilih Mahathir kerana percaya janji Mahathir untuk menjadikannya sebagai PM.

Dr Mahathir yang memulakan perbalahan. Muhyiddin yang terpaksa berhempas-pulas melawan baginda Sultan di negeri kelahirannya sendiri.

Secara tersirat Muhyiddin yang tersepit sebab dia orang Johor, Mahathir awal awal lagi mengakui tidak kisah digelar penderhaka. Secara tersirat juga Mahathir hendak ajak Muhyiddin mengaku sebagai penderhaka.

Perbalahan Mahathir dengan Sultan, secara perlahan-lahan akan mengikis imej baik Muhyiddin di Johor selepas rakyat melihatnya berani menempelak Sultan kerana menyokong Pengerusinya, Dr Mahathir.

Kemudian, petunjuk jelas Dr Mahathir mahu melenyapkan Muhyiddin ialah pada malam perasmian PPBM di Stadium Malawati, Shah Alam, Sabtu lepas apabila Dr Mahathir berucap lebih lama dari Muhyiddin.

Selain itu, mengapa Muhyiddin selaku Presiden diberi ruang ucapan di akhir majlis. Sepatutnya Muhyiddin yang merasmikan parti itu dan bukannya Pengerusi yang biasanya hanya sebagai penaung sesebuah parti politik.

Kemudian, walaupun Muhyiddin adalah Presiden PPBM tetapi beliau tidak dapat menyelamatkan nyawa politik orang kuatnya iaitu Ketua Srikandi PPBM, Anina Saadudin yang dilucutkan jawatan kerana terpalit dengan skandal seks.

Muhyiddin gagal membantu Anina daripada dikenakan tindakan berkenaan dan nanti Muhyiddin mungkin juga bakal disingkirkan kerana skandal yang sama.

Di akhirnya nanti, Muhyiddin bakal disingkirkan sebagai Presiden PPBM dan anak Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan dilantik sebagai Presiden sekaligus tamatlah nyawa politik Muhyiddin dalam sejarah negara.

Mahathir tidak berjaya jatuhkan Presiden UMNO tetapi Mahathir kini di ambang kejayaan untuk jatuhkan Presiden parti bunga. Bunga bunga kejatuhan Muhyiddin sudah mula nampak. Tunggu masanya sahaja

One Reply to “MAHATHIR MEMBUNUH KARIER POLITIK MUHYIDDIN SECARA HALUS”

Leave a Reply