MAHATHIR SEBENARNYA YANG BERDEPAN KRISIS KEYAKINAN ORANG MELAYU

APABILA masih tidak mampu menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Dr Mahathir Mohamad cuba ‘mengheret’ bersama para kroni politiknya seperti Tun Daim Zainuddin untuk terus menghentam Najib.

Lantas, bekas Menteri Kewangan itu bersuara kononnya Kerajaan sekarang berada dalam defisit keyakinan kronik. Tuduhan itu tidak betul, Bank Dunia semalam baru sahaja mengiktiraf cara pengurusan ekonomi Malaysia.

Minggu lepas, Thailand mahu meniru BR1M yang dibuat oleh Malaysia. Narenda Modi, PM India juga mahu belajar GST dari Malaysia minggu lepas.

Serangan Daim ini persis seperti yang pernah Dr Mahathir dan beliau lakukan terhadap Barisan Nasional (BN) beberapa bulan sebelum kita menghadapi Pilihan Raya Umum 2008 dahulu yang mana kesannya kita lihat lima buah negeri telah dikuasai puak pembangkang.

Pada ketika itu, pengaruh Dr Mahathir masih seperti ‘pisang goreng panas’ dan orang Melayu tidak berdaya untuk memadam plot-plot sumbangannya terhadap negara serta bangsa. Malah yang lebih penting, ketika itu era media sosial di Malaysia masih di peringkat ‘bertaktih’.

Ia berbeza pula ketika zaman ini. Walaupun Dr Mahathir dan Daim mengulangi modus operandi serangan mereka terhadap penggantinya sebagai Perdana Menteri, namun ia tidak lagi semudah dahulu.

Dengan kepesatan melucur laju dalam dunia media sosial, rakyat sudah mula terhidang dengan salah laku dan kejahatan Dr Mahathir selama 22 tahun memerintah.

Kini, defisit atau krisis keyakinan orang Melayu bukan lagi menghantui Kerajaan dan BN, sebaliknya telah mula menyerapi Dr Mahathir sendiri. Lihat sendiri bagaimana bekas Perdana Menteri yang dulu amat berpengaruh di seantero dunia terpaksa bertungkus lumus mencari ahli bagi parti baharunya iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Juga jelas kita dapat lihat bagaimana PPBM yang ditunjanggi seorang Negarawan ulung itu terpaksa menjadi pengemis meminta sekelumit simpati untuk mendapatkan kerusi dalam PRU ke 14 akan datang dari DAP yang menguasai Pakatan Harapan.

Kenapa PPBM atau lebih tepat Dr Mahathir tidak berdiri di kaki sendiri sebaliknya membentuk perjanjian bersama DAP?

Tidak lain tidak bukan kerana Dr Mahathir sudah mengalami krisis keyakinan orang Melayu yang memaksa diri dan partinya untuk ‘menumpang rendang’ DAP.

Lihat sahaja semasa Perhimpunan Agung Umno 2016 lalu, rata-rata orang Melayu dalam parti itu mahupun ahli akademik telah meletakkan taraf Dr Mahathir ini sebagai pengkhianat bangsa.

Semuanya disebabkan berlakunya krisis keyakinan bangsa itu terhadap Dr Mahathir selepas beliau bertindak bersekongkol dengan DAP.

Ketika mana Najib yang juga Presiden Umno menegaskan untuk terus tidak berganjak menentang propaganda Dr Mahathir, tiada pun perwakilan Umno berganjak dari kerusi mereka. Malahan, ribuan ahli Umno itu amat teliti dan mendengar dengan khusyuk segala intipati ucapan Najib tersebut.

Adakah ini dikatakan krisis keyakinan?

Tidak perlu lebih bermadah, jika Najib terlibat dengan krisis keyakinan orang Melayu, sudah lama 3.5 juta ahli Umno akan berpusu-pusu menjadi pendaftar PPBM untuk menyertai parti serpihan itu sebagai tanda mereka lebih percayakan Dr Mahathir.

Sebaliknya apa yang terjadi, Dr Mahathir sendiri terpaksa ‘terhegeh-hegeh’ mencari semula bekas musuh nombor satunya iaitu Lim Kit Siang untuk menjadi pengemis politik demi survival peribadinya sendiri.

Mahathir sekarang yang berada dalam krisis. Orang Melayu sudah tidak mahu sokong dia. Terpaksa cari simpati dengan DAP.

20161221-mahathir-krisis-keyakinan-melayu

7 Responses

  1. Anna Sue Anna Sue says:

    Hahaha…..ye ke admin?….dulu undi BN…PRU 14, kita tukar!

  2. tun…..2 tun zaman anda dah tamat tempoh dah….bagi kami peluang pulak…..kami pun tau siapa yg kami akan pilih….kerna tak sukakan seorang…jgn nak buat orgx melayu pecah belah….nanti yg lain ambil kuasa….jika ini terjadi….kami orgx melayu hilang rasa hormat buat kamu…..

  3. tun…..2 tun zaman anda dah tamat tempoh dah….bagi kami peluang pulak…..kami pun tau siapa yg kami akan pilih….kerna tak sukakan seorang…jgn nak buat orgx melayu pecah belah….nanti yg lain ambil kuasa….jika ini terjadi….kami orgx melayu hilang rasa hormat buat kamu…..

Leave a Reply