MAHATHIR SEDANG MENGUTIP SAMPAH PARTI LAIN UNTUK DIBUAT RAKAN KONGSI POLITIK

Pepatah Inggeris ada menyebut “desperate situation requires desperate action” dan itulah yang berlaku kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika ini.

Dalam keadaan terdesak, beliau akan melakukan apa sahaja untuk menjayakan hasratnya.

Siapa akan menyangka, daripada seorang yang dahulunya sangat dihormati dan disanjung tinggi, kini jatuh ke lembah hina sebegini rupa.

Ketika memerintah dahulu, Tun Mahathir sering memperlekehkan dan memandang rendah dengan PAS. Namun dengan kehendak Allah, apa jua yang dibuang oleh PAS, kini dikutip oleh beliau.

Lihat sahaja Mat Sabu. DAP dan Anwar Ibrahim mengetahui bahawa Mat Sabu adalah bahan sisa buangan PAS.

Sampah PAS itu (Mat Sabu) kini disayang dan dikutip oleh Mahathir. Tun Mahathir jadikan Mat Sabu sebagai rakan kongsi untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

PAS pernah bertahaluf siyasi dengan DAP , namun kini menjauhi DAP sejauh-jauhnya.

Ketika bertahaluf siyasi dengan DAP oleh pemimpin PAS terdahulu, alasan yang diberikan oleh `pemimpin’ itu adalah “umpama menaiki kenderaan orang kafir untuk menuju ke Mekah”.

Namun apabila `pemimpin’ itu sudah tiada, kepimpinan baru PAS enggan menyambung tahaluf siyasi dengan puak kafir ini kerana mendapati diri mereka dibuli dan dipergunakan.

Selain itu Tun Mahathir juga terpaksa duduk sebaris dengan orang yang pernah menggelar dirinya sebagai `bapak penyamun’ iaitu Mat Sabu, yang diketahui selama ini sebagai `keldai’ DAP.

Dan selepas tewas pada pemilihan PAS, Mat Sabu bersama beberapa yang lain, yang tidak dapat menerima kekalahan berkenaan telah membuka parti baru iaitu Parti Amanah Negara (PAN).

Fungsi PAN adalah mencuri undi PAS selain digunakan oleh DAP untuk menghalang apa-apa yang baik untuk dilaksanakan oleh orang Islam.

Bukan itu sahaja, apa yang menariknya ialah tahap `desperado’ Tun Mahathir yang menyaksikan beliau kini umpama badut politik yang masih terhegeh-hegeh mencari platform politik, meskipun sudah lanjut usia.

Nyatalah di sini, apa sahaja yang dibuang oleh parti PAS, sama ada DAP, Mat Sabu atau ahli PAN, ia akan dikutip oleh Tun Mahathir umpama lori mengutip sampah.

4 Disember 2016, Mahathir hadir Konvensyen DAP. 11 Disember 2016, Mahathir hadir Konvensyen PAN. Sudah dua kali Sabtu, Mahathir hadir ke konvensyen. Bila Mahathir dan parti bunga hendak buat konvensyen parti sendiri?

Mahathir tidak mampu buat konvensyen parti bunga. Dewan tidak akan penuh kalau dibuat. Jalan senang sekarang adalah dengan mengutip sampah yang dibuang parti lain dan bekerjasama dengan mereka.

Kumpulan geng recyle ini tidak akan pergi jauh. Matlamat mereka akan tersasar. Hanya satu yang mereka berjaya buat iaitu memecah belahkan Melayu dan orang Islam.

Bukan sahaja sampah parti lain yang sedang dikutip Mahathir, kini Mahathir kutip balik sampah yang beliau sendiri pernah buang ke lokap iaitu Anwar Ibrahim untuk dijadikan rakan kongsi politik. Desperate sungguh Mahathir.

20161124-mahathir-pakatan-1

133 Replies to “MAHATHIR SEDANG MENGUTIP SAMPAH PARTI LAIN UNTUK DIBUAT RAKAN KONGSI POLITIK

  1. Aku dari dulu tanya geng² Najibers, kalau Mukhriz jadi PM apa masalah ?

    Diorang jawab ;

    Mana boleh Mukhriz jadi, kroni, bapak dia dah jadi PM.
    Respond : Najib bapa dia kerja apa dulu ?
    Mukhriz xboleh jadi PM, sebab akar umbi tak sokong dia.
    Respond : Dah tahu akar umbi tak sokong, macam mana dia nak jadi PM ? Bodohkan reason ?
    Mukhriz xboleh jadi PM sebab dia bertanding DUN je.
    Respond : Ha, dah tau dia bertanding sebagai ADUN ‘je’, how come nak jadi PM ?
    Mukhriz xboleh jadi PM sebab nanti dia akan bagi project kepada kroni-kroni Tun.
    Respond : Aku mintak lah diorg short-list kroni-kroni Tun. Nothing listed. Lepas tu tanya, apa yang kroni-kroni tu buat sampai susahkan rakyat ? Kalau Mukhriz jadi PM, rakyat susah, yang PM sekarang rakyat aman bahagia ke ?
    Last-last, nanti diorg akan cakap, DAP nak jadi PM. Celaru & keliru United Mohd Najib Organization (UMNO) hari ini.

    How come dalam tempoh yang sama ;

    Timbalan PM disingkirkan.
    2 MB disingkirkan.
    3 Menteri disingkirkan.
    Gabenor Bank Negara (yang turut kritik 1MDB) tidak dilanjutkan khidmat.
    Penguam Negara ditukar.
    Pengerusi SPRM ditukar.
    2 Timbalan P.SPRM ditukar.

    Apa semua ni ?

    Tak habis disitu, mereka divert isu Campur Tangan asing , soros dan alih-alih isu Banglow LGE 2.6 juta (duit dia sendiri).

    Aku tanya, TV3 hari-hari isu banglow, isu Jabatan Air Sabah RM113 juta, KBS 100 juta, 1MDB RM berbilion² dll (terlalu banyak untuk di list) yabg hakikat duit rakyat, mana al-kisahnya ?

    Last-last apa diorg bagi jawapan ?
    CUBA GULINGKAN KERAJAAN YANG SAH DIPILIH OLEH RAKYAT.

    Ini lah kebebalan & kebodohan mereka ???

    Kopipes bermaklumat.

Leave a Reply