Majlis fatwa putuskan tak perlu sembahyang jenazah ghaib sekarang #MH370 - pakdin.my

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Syukor Husin (dua, kanan) bersama ahli-ahli panel selepas mempengerusikan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi isu-isu berkaitan tragedi pesawat MH370 di Ibu Pejabat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di sini malam ini. Turut sama ialah Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha (dua, kiri).
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Syukor Husin (dua, kanan) bersama ahli-ahli panel selepas mempengerusikan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi isu-isu berkaitan tragedi pesawat MH370 di Ibu Pejabat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di sini malam ini.
Turut sama ialah Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha (dua, kiri).

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Majlis Fatwa Kebangsaan malam Selasa menetapkan pelaksanaan solat jenazah ghaib untuk penumpang dan anak kapal Penerbangan MH370 tidak perlu diadakan sekarang, kata pengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin.

Katanya, anggota jawatankuasa sebulat suara bersetuju dan memutuskan bahawa kesemua anak kapal dan penumpang MH370 dikategorikan sebagai orang hilang (mahqud) dan dianggap sebagai orang yang telah meninggal dunia setelah usaha pencarian dibuat oleh pihak berkuasa.

Keputusan itu dibuat setelah berbincang dan meneliti pandangan ulama dan beberapa pakar dalam subjek berkenaan selepas muzakarah khas bersidang lebih dua jam mulai 6 petang Selasa, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas Majlis Fatwa Kebangsaan di sini.

Jawatankuasa fatwa juga memutuskan bahawa pengesahan kematian perlu dilakukan dan ditentukan di Mahkamah Syariah memandangkan ia penting untuk membolehkan pembubaran perkahwinan, pembahagian harta dan lain-lain yang membabitkan waris si mati, katanya.

Sehubungan itu, katanya, solat jenazah ghaib tidak diperlukan lagi buat masa sekarang kerana pihak kerajaan masih berusaha mencari kotak hitam, mencari mayat mangsa sekiranya ada dan pelbagai perkara yang berkaitan.

 

UTAMABERITAMajlis fatwa putuskan tak perlu sembahyang jenazah ghaib sekarang #MH370

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium