Malaysia Berjaya Pengaruh AS Ambil Tindakan Sewajarnya Ke Atas Myanmar – @NajibRazak - pakdin.my

Malaysia secara jelas berjaya mengenengahkan isu orang pelarian, penghapusan dan penindasan etnik Rohingya yang semakin membimbangkan ketika lawatan ke Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan pertemuannya dengan Presiden AS Donald Trump telah menghasilkan satu kejayaan besar kerana AS telah mengumumkan bantuan USD32 juta kepada Rohingya.

Malah menurut Najib yang terbaru AS telah memutuskan hubungan bantuan ketenteraan kepada tentera Myanmar.

“Isu orang pelarian, penghapusan etnik dan penindasan terhadap Rohingya saya telah ketengahkan secara spesifik dan jelas dan perkara ini telah disambut baik oleh Presiden Trump dan saya ingin maklumkan kepada dewan ini komuni-k asalnya tidak disebut isu Rohingya tetapi bila saya minta Trump bersetuju dan komuni-k telah memasukkan isu penghapusan etnik Rohingya dan ini adalah salah satu kejayaan Malaysia.

“Maknanya Malaysia ada pengaruh di pentas persada antarabangsa hatta dengan kuasa-kuasa besar sekali

“Sejak isu ini diperjelaskan selain daripada kenyataan komuni-k berhubungan penghapusan etnik Rohingya dan bantahan AS terhadap perkara itu AS telah umumkan bantuan USD32 juta dan terbaru mereka telah memutuskan hubungan bantuan ketenteraan kepada tentera Myanmar.

“Ini adalah kejayaan-kejayaan ini adalah bertitik tolak daripada usaha yang dilakukan oleh Malaysia dan juga pihak-pihak yang lain,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing dalam soalan tambahannnya ingin mengetahui secara spespifik apakah yang dibincangkan bersama Trump yang berbentuk tindakan dan bantuan kepada Rohingya.

Ini kerana jelasnya media sosial dan pembangkang telah menghuru-harakan lawatan Perdana Menteri ke AS hanya wayang sahaja dan wujudnya orang tengah yang mengaturkan pertemuan dengan Trump.

Jelas Najib lagi layanan istimewa yang diterima olehnya, rombongan lawatan dan barisan kabinet adalah manifestasi keakraban, persahabatan yang terjalin di antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

“Kesungguhan AS untuk memahami situasi dan tindakan telah diambil oleh Malaysia dan pelbagai isu antarabangsa menunjukkan kita mempunyai keupayaan mengetengahkan isu-siu berkepentingan bersama dengan kuasa-kuasa besar dunia.

Ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Najib sempat menyindir soalan yang dikemukakan terlalu remeh.

Katanya pertemuan dengan Trump tidak melalui mana-mana orang tengah dan tidak seperti pertemuan Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika mahu berjumpa dengan Bekas Presiden AS, George W. Bush.

“Kita bukan menukar dasar luar negara, dasar luar negara kita memang berasas kepada prinsip fundamental principal dan kita tidak ubah ikut kepada keadaan dan kepada situasi. Kita tidak buat u-turn, ada pihak lain suka buat u-turn, u-turn dan u-turn dulu tak setuju sekarang setuju ini biasanya dibuat oleh pihak pembangkang tetapi kita konsisten Tuan Yang Dipertua boleh semak Dasar Luar Negara kita rasional kita, istiqamah konsisten sepanjang masa walau apa jua keadaan kita tetap pertahankan prinsip kedaulatan negara kita dan kepentingan nasional kita.

“Soalan-soalan itu terlalu remeh sebenarnya, walaupun saya duduk Black House tapi saya ada jemputan main golf, Presiden Trump saya hantar saya ke kereta. Jadi kita tak payah lah sebuat-sebut perkara ini. Ini bukan soal dasar yang kita nak pentingkan soal asas dan soal dasar ini kita tetap dapat penghormatan yang tinggi daripada pentadbiran AS,” katanya.

********

Selanjutnya disini:

HASIL DAN KEJAYAAN LAWATAN KERJA KE AMERIKA SYARIKAT

https://www.najibrazak.com/bm/blog/hasil-dan-kejayaan-lawatan-kerja-ke-amerika-syarikat/

UTAMAPOLITIKMalaysia Berjaya Pengaruh AS Ambil Tindakan Sewajarnya Ke Atas Myanmar - @NajibRazak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium