Malaysia bina jalan daripada getah - pakdin.my

Rubber Modifier Asphalt Bitumen Technology
Rubber Modifier Asphalt Bitumen Technology

Malaysia berkemungkinan membina jalan daripada getah sebagai usaha meningkatkan harga komoditi itu jika terus bergerak perlahan.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata,banyak negara sudah menjalankan kajian mengenai pelbagai kegunaan getah terutama untuk sektor pembinaan.

“Sesetengah negara menggunakan getah asli (NR) untuk membina jalan. Malaysia juga akan menjadi antara negara berkenaan,” katanya dalam taklimat media di sini hari ini.

Sebelum itu beliau merasmikan Persidangan Getah Tahunan Ketujuh anjuran Persatuan Negara-negara Pengeluar Getah Asli, bertemakan ‘Kelestarian Ekonomi NR yang Saksama’.

Menurut beliau, Thailand yang sudah menjalankan ujian, mendapati walaupun pelaburan awal tinggi, kos penyelenggaraan adalah rendah untuk jangka panjang.

“Jalan daripada getah juga sebagus jalan tar atau bitumen. Thailand menggunakan 3.3 tan getah asli untuk satu kilometer pembinaan jalan,” katanya.

Uggah berkata antara langkah segera yang diambil bagi menyokong industri getah asli ialah menanam semula pokok getah di kawasan seluas 50,000 hektar bagi menggantikan pokok berusia lebih 20 tahun.

UTAMAEKONOMIMalaysia bina jalan daripada getah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium