Malaysia catat aliran masuk bersih FDI RM43.4b pada 2015 - pakdin.my

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatat aliran masuk bersih pelaburan langsung asing (FDI) bernilai RM43.4 bilion pada 2015, demikian menurut Jabatan Perangkaan.

Menurut kenyataan jabatan itu hari ini, stok FDI merekodkan RM504.9 bilion pada akhir 2015, manakala pendapatan pelaburan pada RM51.3 bilion.

FDI merekodkan aliran masuk bersih yang lebih tinggi pada 2015 berbanding 2014 (RM35.6 bilion), dengan komponen ekuiti dan saham dana pelaburan mencatatkan RM36.7 bilion.

“Pada akhir 2015, stok FDI meningkat sebanyak RM30.3 bilion daripada RM474.6 bilion, terutamanya disokong transaksi kewangan dan kadar pertukaran,” menurut jabatan itu.

Ekuiti dan saham dana pelaburan bagi stok FDI berada pada RM456.4 bilion, katanya.

Bagi pendapatan pelaburan FDI, komponen terbesar adalah pendapatan ekuiti dan saham pelaburan dana sebanyak RM51.0 bilion.

Asia adalah sumber utama aliran FDI iaitu 64.7 peratus, diikuti Amerika (16.4 peratus) dan Eropah (14.1 peratus).

Negara utama di Asia yang menyumbang aliran FDI ialah Jepun dan Singapura.

Dari segi stok, Asia juga adalah penyumbang tertinggi mengikut rantau (47.9 peratus), diikuti Eropah (31.5 peratus) dan Amerika (17.4 peratus).

Menurut Jabatan Perangkaan, pada masa yang sama, Asia menjana 40.0 peratus daripada pendapatan pelaburan diikuti Amerika (35.5 peratus) dan Eropah (23.4 peratus).

Sektor pembuatan adalah penerima utama aliran FDI (39.4 peratus) pada 2015, diikuti sektor perlombongan dan pengkuarian (30.4 peratus) dan perkhidmatan (27.7 peratus).

20161028-fdi-malaysia-2016

UTAMAEKONOMIMalaysia catat aliran masuk bersih FDI RM43.4b pada 2015

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium