Malaysia Catat KDNK 5.2% Pada Suku Ke-4 - pakdin.my

Ekonomi negara berkembang pada 5.2 peratus pada suku keempat tahun lalu sekaligus menjadikan pertumbuhan 5.1 peratus bagi sepanjang tahun 2011.

Dalam satu kenyataan, Bank Negara berkata, prestasi kukuh didorong permintaan domestik dengan peningkatan perbelanjaan sektor awam dan swasta walaupun persekitaran luar mencabar.

Permintaan dalam negeri berkembang 10.5 peratus dipacu perbelanjaan perniagaan, isi rumah dan sektor awam.

Penggunaan swasta pula, meningkat 7.1 peratus disokong pertumbuhan pendapatan menggalakkan.

Manakala, penggunaan sektor awam berkembang 23.6 peratus.

Berikutan perbelanjaan ke atas emolumen serta bekalan dan perkhidmatan yang lebih tinggi.

Kadar inflasi pula menyusut kepada 3.2 peratus, berbanding 3.4 peratus dicatatkan suku sebelumnya.

Kadar Dasar Semalaman, OPR kekal pada 3 peratus.

UTAMABERITAMalaysia Catat KDNK 5.2% Pada Suku Ke-4

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium