Malaysia Iktiraf Iran Kerana Kedaulatan Negaranya, Bukan Fahaman Syiahnya - pakdin.my

penyelewengan-akidah-syiah

Malaysia mengiktiraf Iran kerana kedaulatan negaranya namun tidak bermakna fahaman Syiah yang diamalkan di negara Timur Tengah itu perlu turut menjadi anutan umat Islam di negara ini.

Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam Kementerian Dalam Negeri, Zamihan Mat Zin berkata hubungan baik kedua-dua negara ini adalah berlandaskan hubungan diplomatik meliputi perdagangan, ekonomi dan kepentingan strategik dua hala tetapi rakyat tidak seharusnya menganggap hubungan itu ‘menghalalkan’ fahaman tersebut untuk terus dibawa masuk ke negara ini.

“Kita semua tahu ajaran Syiah memang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah termasuk juga dalam isu perkahwinan dan ia sudah difatwakan menyeleweng di beberapa negeri di Malaysia.

“Jadi sebagai umat Islam, jika sesuatu perkara sudah difatwakan sesat tetapi tetap mahu amalkan, ia boleh jatuh hukum sebagai haram dan berdosa dan mengapa perlu lagi disebarkan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau sebelum itu membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Perkahwinan antara Syiah dan Sunni: Suatu Perbandingan Mazhab’ pada Majlis Muzakarah Pakar Isu Perkahwinan Syiah dan Sunni anjuran Jabatan Agama Islam Selangor di sini.

Dalam pada itu, anggota Majlis Fatwa Selangor, Datuk Mohd Mokhtar Shafii berkata perkahwinan antara penganut Syiah dan Sunni tidak boleh berdaftar dengan Majlis Agama Islam Negeri dan perkahwinan itu dianggap haram kerana fahaman Syiah telah difatwa menyeleweng di Selangor.

“Penganut Syiah tidak boleh berkahwin dengan orang Sunni kerana fatwa negeri mengharamkan ajaran Syiah, dan ia sama seperti mana penganut agama lain yang mahu berkahwin dengan orang Islam, mereka perlu memeluk Islam dan mesti berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Jika perkahwinan antara Syiah dan Sunni itu haram, maka status anak mereka juga adalah tidak sah taraf namun kanak-kanak itu tidak bersalah cuma perlu dirujuk kepada jabatan agama islam bagaimana cara terbaik menyelesaikannya,” katanya.

Mohd Mokhtar berkata jika ada mana-mana pihak yang mengetahui perkahwinan mereka tidak sah berikutan perbezaan pegangan mazhab, perkahwinan itu layak dipisahkan dan perlu merujuk kepada undang-undang Islam negeri.

Tambahnya, semua pihak perlu saling membantu membendung amalan fahaman Syiah itu daripada terus tersebar kerana ia hanya membawa kesan buruk kepada keturunan sesuatu bangsa, perubahan cara hidup dan akidah umat Islam pada masa depan.

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAMalaysia Iktiraf Iran Kerana Kedaulatan Negaranya, Bukan Fahaman Syiahnya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium