Malaysian Insider Putar Belit Kenyataan Anwar - pakdin.my

anwar-bersilat

Malaysian Insider baru-baru ini melaporkan kenyataan Anwar bahawa beliau telah menerima keputusan PRU-13 dan ingin mengadakan pertemuan dengan pihak kerajaan untuk berbincang mengenai isu-isu yang membelenggu negara. Apa yang dinyatakan Anwar ini membawa gambaran yang beliau mencadangkan penubuhan ‘kerajaan perpaduan’.

Dato’ Seri Najib kemudiannya menafikan dan menolak untuk mengadakan sebarang bentuk perbincangan dengan Pakatan Rakyat, malah idea ke arah penubuhan kerajaan perpaduan juga dianggap merepek sama sekali. PR jelas telah ditolak rakyat dan tidak ada sebab kenapa kerajaan perlu bekerjasama dengan pihak yang ditolak.

Lanjutan dari itu, Anwar melalui twitternya telah menafikan yang beliau menerima keputusan PRU-13 sepertimana yang dilaporkan oleh Malaysian Insider. Anwar bertegas yang keputusan PRU-13 adalah tidak sah kerana terdapat pengundi hantu dan berbagai-bagai tuduhan lagi.

Nampaknya, Anwar secara tidak langsung menuduh Malaysian Insider telah memutarbelit kenyataannya. Namun, Anwar tidak pula menafikan yang beliau ingin berbincang dengan kerajaan mengenai isu-isu yang melanda negara.

Justeru, benarlah yang Anwar sedang berangan-angan untuk ‘berkongsi’ kuasa dengan Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia cuma Anwar ingin melakukannya tanpa mengiktiraf keputusan PRU-13.

Kita tidak tahu siapakah yang menipu antara Anwar dengan Malaysian Insider kerana kedua-duanya telah beberapa kali terkantoi menipu. Bagaimanapun, mengenali Anwar yang tergila-gila ingin menjadi Perdana Menteri tetapi tidak dapat menerima hakikat kalah pilihanraya, maka lebih mudah untuk kita percaya bahawa Malaysian Insider melaporkan yang benar.

Jika ini tidak benar, maka Anwar wajib menyaman Malaysian Insider kerana memutarbelit kenyataannya. Lagipun, bukankah saman menyaman sudah lama menjadi ‘hobi’ Anwar, malah merupakan antara strategi politiknya yang utama? Oleh itu, adalah pelik jika Anwar melepaskan Malaysian Insider begitu saja sedangkan impak dari laporan tersebut agak besar juga.

Ini kerana ia memberi gambaran seolah-olah Anwar sudah ‘mengaku kalah’ dan menerima keputusan PRU-13.

Bertitik-tolak dari itu, penyokong-penyokong tegar PR pastinya merasa kecewa. Mereka juga tentu merasa malu kerana telah beria-ia membantah keputusan PRU-13 sehingga sanggup berguling-guling di jalanraya. Untuk Anwar menerima keputusan tersebut, akan menyebabkan segala ‘perjuangan’ mereka berpanas dalam jerebu ketika himpunan Black505 yang lalu, menjadi sia-sia belaka. Tidak semena-mena juga segala pengorbanan mereka untuk memastikan keputusan PRU-13 dibatalkan kelihatan sebagai satu perlakuan yang bodoh sekali.

Justeru, Anwar wajib memulihkan kembali moral penyokong-penyokongnya dengan mengambil tindakan kepada Malaysian Insider sekiranya benar media itu telah tersalah lapor. Penafian di twitter sahaja tidak cukup memandangkan ia membawa kesan yang besar.

Rakyat kini inginkan kepastian apakah Anwar telah menerima keputusan PRU-13 atau tidak. Jika tidak, Anwar tidak wajar bercakap tentang kerajaan perpaduan atau mengajak kerajaan berbincang tentang apa-apa jua isu negara. Sebaliknya, Anwar wajib membuktikan terlebih dahulu tuduhan wujudnya pengundi hantu dan penipuan dalam pilihanraya itu.

UTAMAPOLITIKMalaysian Insider Putar Belit Kenyataan Anwar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium