Mampu Melancong Walau Tak Cukup Makan

Bagi 10 bulan pertama (Januari – Oktober) tahun 2017, Jepun melaporkan bahawa 322,683 rakyat Malaysia melawat negara mereka.

Ini adalah pertumbuhan 12.6% berbanding tempoh yang sama pada 2016 sebanyak 286,543 dan 50% lebih berbanding 215,702 bagi tahun 2015.

Pada tahun 2009 apabila Najib pertama kali menjadi PM, hanya 65,010 rakyat Malaysia melawat Jepun bagi tempoh Januari -Oktober.

Ini bermakna peningkatan 400% rakyat Malaysia melawat Jepun pada tahun 2017 berbanding tahun 2009.

GST Jepun meningkat dari 5% kepada 8% pada tahun 2013 tetapi itu tidak menghalang rakyat Malaysia yang mahu melawat Jepun.

Sejumlah 249,521 rakyat Malaysia telah menikmati Sushi asli di sana pada 2014 berbanding 176,521 pada tahun 2013.

Mari kita lihat jika peningkatan GST yang dirancang hingga 10% pada Oktober 2019 akan menghalang rakyat Malaysia yang mahu melawat Jepun. Saya yakin tidak akan berlaku.
https://www.japantimes.co.jp/news/2017/08/05/national/politics-diplomacy/abe-reaffirms-plan-complete-doubling-consumption-tax-2019/#.WkczVEqWbIU

Sementara itu, 242,405 rakyat Malaysia melawat Korea Selatan dalam tempoh 11 bulan pertama tahun 2017 – peningkatan lima kali ganda berbanding hanya 52,260 rakyat Malaysia dalam tempoh yang sama tahun 2009 untuk menikmati kadar GST 10% Korea.

Selama 8 tahun berturut-turut, semakin ramai rakyat Malaysia setiap tahun ratibnya mengenai Malaysia terjerumus ke arah kebankrapan dan kezaliman GST 6% tetapi mampu membayar ribuan Ringgit (mungkin dari menjual organ mereka) untuk bercuti ke Jepun atau Korea dan menikmati kadar GST 8% atau 10% negara tersebut, yang tentunya tidak kejam.

LSS.

35 Replies to “Mampu Melancong Walau Tak Cukup Makan

    1. Mmmm
      Mentality bengap rupanya org ameno mcm Zaed Waknen nie…..
      Apa guna lah pihak2 berwajib dibagi kereta company utk kegunaan kalau dah pemalas sampai xreti cari org ssh…jabatan kerajaan terutama jbtan kebajikan masayarakat, baitulmal dan LHDN xreti cari org ssh..maaflah yea kalau takat nk bg jawapan mcm ninsemua org reti..usaha la sikit.puiii..masa nk undi reti cari rakyat..masa nk laksanakan Cukai haram gst xperlu cari rakyat tapi bila nk bg bantuan pilih bulu nooo

    2. susah kalau nk makan bersuap ni….memang lapar la…last2 salahkan org lain sebab sendiri malas usaha…ingat pihak berwajib tu super hero ke boleh tau semua org susah tanpa di beri tahu…. ingat kereta company tu guna air free selangor ke sebagai bahan api, kereta pulak kene servis kos lagi….apa pegawai yg keluar tu x claim ke…..kan bagus dana2 tersebut (petrol, claim, ot dll) di salurkan kepada org yg layak….p/s nanti pegawai tu singgah warung sebab nk lunch korang kata diorg mengulo, makan gaji buta, makan gaji haram sbb mengulo….mental ke mental…

    3. Zaed Waknen dgn kata lain pegawai2 lain ini makan gaji buta la kan…
      Kalau mcmni la punya mentaliti patut la kera jaan kehilangan majority 2/3..patut la rakyat xsuka dan x mengundi kerajaan pru14 hari tue…
      Maaf la nk ckp walaupun bapak aku org kuat ameno tapi aku xkan undi ameno dah sbb mentaliti pmimpin memikirkan depa yg bagi tanpa memikirkan apa yg rakyat bagi..
      Satu lagi bro bab peruntukan
      1 ianya memang disediakan oleh kerajaan kpd pegawainya
      2 jika xdigunakan maka peruntukan itu akan lupus tiap2 bulan/tahun
      3 kerajaan memang kena jadi hero sbb tu tgk la bab sndr buat sndr batal mcm kes gst umrah tue..dah la bro kalau ckp mcm org bengap n mementingkan diri rakyat xkan sokong ameno…

    4. Zaed Waknen sumbangan rakyat kpd kerajaan
      1 gaji menteri
      2 gaji2 pegawai kerajaan
      3 cukai haram gst
      Malah dari rumah sampai tempat menteri membu..t pun rakyat bagi…menteri betul2 xda apa2…
      Br1m tu 30juta rakyat dapat ka sbb yg membayar kesemua rakyat..
      Tahun ni sahaja 2017 ada 7juta penerima br1m makan 7juta rakyat miskin telah ada dimalaysia bersaman 23% rakyat malaysia itu tak termasuk yg xdpt sb diskriminasi…
      Udahlah bro…xyah main politik kalau mentaliti ameno walaupun bukan ahli ameno..

Leave a Reply