Manifesto BN: Ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - pakdin.my

Berikut adalah teks ucapan pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Razak semasa pelancaran manifesto untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 yang akan datang.
——————-
Lapan juta rakyat Malaysia sedang menonton Manifesto menerusi TV dan siaran live fb dan sebagainya, saya rasa amat teruja semakin tegak bulu roma saya, merinding-rinding jadinya dengan lautan biru penuh semangat, berkobar-kobar membara, bukannya kelam senja menanti malam, maka marilah kita saudara saudari sekalian luahkan suara kita, Barisan Nasional, rakyat negara ku, Malaysia, Ahamdulillah.

Hebat, hebat,hebat. Atas pun hebat. Bawah pun hebat.

Saudara saudari sekalian, jika kita imbau PRU 1955, kita telah membentangkan dan menyajikan manifesto demi manifesto dan kali ini masuk 14 kali, bagi parti Barisan Nasional, kita tidak anggap ini sebagai satu yang kita pandang mudah, sebagai satu dokumen yang kita rakamkan secara bertulis semata-mata tetapi sebagai akujanji kita kepada rakyat sesuatu dokumen yang kita pandang sangat-sangat berat dan inilah ikrar janji dan sumpah kita, bahawa segala-gala dalam manifesto kita akan laksanakan sepenuhnya.

Saudara- saudara sekalian

Justeru pada malam ini, sempena pada PRU ke-14, perhimpunan ini bukanlah satu perhimpunan yang biasa-biasa saja tetapi perhimpunan keramat yang bakal dikenang dan ditanda sejarah menjadi penentu kerana PRU14 ini sangat anggap sebagai penentu destinasi dan hala tuju masa depan Malaysia serta anak cucu keturunan kita. Pucuk pangkalnya saudara saudari sekalian, berikrar dan berjanji bahawa kita akan membangunkan negara ini dari Perlis Indera Kayangan ke Sarawak Bumi Kenyalang membawa ke Sabah Negeri Di Bawah Bayu agar tidak ada apa pun satu pun kawasan rakyat yang akan ketinggalan atas prinsip ‘no one is left behind’.

Saudara saudari sekalian, pilihan raya kali ini tidaklah boleh disifatkan sebagai sesuatu yang merupakan sebagai pilihan secara peribadi. Pilihan raya ini bukan Najib Razak lawan ketua pembangkang dan bukan Barisan Nasional lawan pembangkang. Soal pokoknya adalah penentuan bahawasanya mana satu pihak yang akan dapat menentukan bahawa setiap rakyat Malaysia akan mengecapi kehidupan yang lebih baik bahawa saudara saudari keluarga dan anak-anak serta cucu-cucu akan mengecapi masa depan yang jauh lebih baik, sebab itulah saya ingin tegaskan di sini, Barisan Nasional akan terus memperjuangkan untung nasib setiap rakyat Malaysia tidak kira keturunan, tidak kira bangsa, tidak kira agama, mahu pun darjat dan warna kulit. Di sisi Barisan Nasional, setiap rakyat Malaysia adalah penting bagi Barisan Nasional.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian

Manifesto kita yang kita akan bentangkan kepada rakyat Malaysia ini dia rupa manifesto kita, setebal 220 muka surat mengandungi pula sejumlah 364 inisiatif kalau malam ini saya nak kupas satu persatu inisiatif , bak kata Seniman Agung P Ramlee, sesudah subuh belum tentu kita dapat pulang.

Dalam majlis ini amat wajar saya petik perkara utama yang perlu menarik rakyat umum.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Akur janji dalam menifesto ini bermula dengan memberi keutamaan kepada ibu dan wanita , dikaulah ratu hati negara ku. Bila kita kita memilih wanita dan ibu , bererti bahawa kita letakkan wanita dan ibu sebagai tempat yang begitu tinggi dalam masyarakat kita. Ini melambangkan komitmen Barisan Nasional untuk memperkasakan wanita sebagai isteri, sebagai ibu, sebagai anak dan wanita yang berkerjaya supaya kita dapat mengimbangi peranan wanita sebagai suri rumah tangga dan wanita sebagai yang mengejar kerjaya masing-masing, Barisan Nasional juga ingin melahirkan ribuan wanita profesional, wanita yang berjaya dalam bidang korporat, dalam bidang sebagai penjawat awam, bidang politik dan kepimpinan yang lain malah kita anggap wanita sebagai tulang belakang kepada negara kita kepada kerajaan dan pasti kepada Barisan Nasional jua.

Yang kedua, saya nak sebut di sini, adalah aku janji kita kediaman untuk Satu Negaraku sebab kita ingin membina rumah kediaman yang sempurna lagi selesa yang

mampu dimiliki oleh rakyat kita akan memperkasakan program perumahan melalui satu langkah baru yakni mewujudkan satu agensi perumahan negara di bawah satu bumbung untuk mengendalikan program-program perumahan seluruh negara dan juga untuk menentukan pembiayaan kepada bakal-bakal pemilik rumah.

Langkah ini akan dapat menggerakkan pelaksaan program-program perumahan kita dengan lebih lancar dan berkesan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Saya suka berpantun di sini sikit, pantun ini saya tujukan kepada orang-orang di Selangor dan Pulau Pinang.

Mana orang Selangor, dengar baik-baik

Tercari terowong di Pulau Pinang

Terjumpa baldi di negeri Selangor

Barisan Nasional mesti kena menang

Barulah rakyat hidup aman dan makmur

Maka aku janji kepada negeri Selangor dan pada rakyat negeri Selangor bahawa dengan izin Allah jika Barisan Nasional kembali memerintah, masalah air di Selangor, ‘confirm’ Barisan Nasional akan selesaikan.

Boleh tuan-tuan

Aku janji untuk negeri Pulau Pinang pula

Nampaknya tiada cahaya dihujung terowong namun agenda utama Barisan Nasional kita berjanji akan menyediakan 65,000 rumah mampu milik di Pulau Pinang.

Aku janji ketiga, kerajaan Barisan Nasional akan mencipta tiga juta peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun akan datang. Saya tengok dalam manifesto pembangkang mereka hanya janji mewujudkan satu juta saja tuan-tuan, sikit sangat. Barisan Nasional janji tiga juta. Ini dia manifesto pembangkang wujudkan satu juta pekerjaan saja saya dah buatkan bulatan, Barisan Nasional akan wujudkan tiga juta tuan puan.

Saya juga suka sebutkan di sini, kepentingan pekerja akan kita jaga kebajikannya melalui peningkatan gaji minima dari semasa ke semasa kita sasarkan minima RM1,500 dalam tempoh lima tahun akan datang. Ada banyak lagi perkara dalam bab pekerja termasuk menambahkan kemahiran latihan, reskill and upskilling program secara besar-besaran yang akan ktia lancarkan dalam sedikit masa lagi.

Sekarang ini saya nak masuk bab aku janji kepada rakyat negeri Kedah

Kepada rakyat negeri Kedah, kita akan membangunkan special ekonomi zone, Bukit Kayu Hitam.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Aku janji keempat, yakni dalam manifesto kita, kita hendak bagi senyuman bertambah di Sabah dan Sarawak. Untuk ini sebab Sabah dan Sarawak merupakan simpanan tetap kita. Kita mesti jaga Sabah Sarawak, kita tak kutuk orang Sabah Sarawak, kita tak hina orang Sabah Sarawak, kita akan terus memperjuangkan kepentingan orang Sabah dan Sarawak.

Apa yang kita akan lakukan termasuk Pan Borneo high way akan terus kita siapkan sepanjang 2,294 kilometer dengan jumlah perbelanjaan RM40 bilion dan lebuh raya yang tidak ada tol dan kita juga akan terus membina 12,900 kilometer jalan luar bandar.

Tuan-tuans,

Kita akan tambah lagi peruntukan untuk kajian ukur peremiter tanah-tanah adat. Dan saya suka umumkan atas kehendak kerajaan negeri Sabah dan Sarawak kita akan mulakan projek pilot sekolah yang mengggunakan bahasa Inggeris penghantaran dengan komponen bahasa kebangsaan yang tidak akan dipinggirkan. Saya telah janjikan bahawa kalau hak-hak orang Sabah dan Sarawak dalam Malaysia Aggrement 1993 kita terambil atau sengaja di diambil di zaman pemimpin yang berkenaan, kita akan kembalikan semula. Yang mana secara pentadbiran kita telah pun lakukan umpamanya nisbah guru di sabah dan sarawak hendaklah merupakan nisbah 90 peratus anak tempatan dan 10 peratus anak semenanjung. Kini sudah pun sampai 80 peratus maknanya hampir sampai janji kita kepada rakyat Sabah dan Sarawak. Dari segi perundangn pula, kerana telah ditetapkan dalam perundangan maka sukacita saya umumkan, hak untuk penyeliaaan kawalan elektrik dan gas, kita kembalikan kepada Sabah dan Sarawak.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian

hebat, hebat, serangkap pantun kepada orang sabah dan swak

Bumi Kenyalang bumi yang indah,

dibawah bayu gelaran Sabah,

Selagi Barisan Nasional terus memerintah,

Sabah dan Sarawak akan tetap dijulang maruah.

Aku Janji ke 5.

Kerajaan akan terus memberi keutamaan atas kepentingan asas infra rakyat. Dalam hal ini kita telah dan akan melaksanakan d

an terus melaksanakan MRT 2, MRT 3, LRT Fasa 3, Gemas-Johor Bahru, High Speed Rail, ECRL, ETS dan RTS.

Sekarang ini sampai pula Aku Janji kita kepada rakyat negeri Johor. Pada bangsa Johor, saya suka nyatakan bahawa lebuh raya PLUS dari Yong Peng ke Johor Bahru akan diperbesarkan daripada 4 lorong menjadi 6 lorong.

Sebab terlalu sesak, kita jadikan 6 lorong. Sekarang Aku Janji untuk Negeri Melaka pula,negeri yang bersejarah. Barisan Nasional dengan ini menjanjikan bahawa kita akan membina lebuh raya baharu dari Kuala Linggi-Masjid Tanah-Klebang-Teluk Mas.

Aku Janji 6. Kita akan memperkasakan penggunaan teknologi digital melalui DFTZ. Barisan Nasional akan mewujudkan lebih 10,000 PKS yang terlibat dalam digital free trade zone dalam tiga tahun ini dan perluaskan kemampuan jalur lebar internet broad band, akan double the speed, half the price.

Untuk orang Negeri Sembilan pula, saya beri komitmen bahawa Malaysia Vision Valley akan diperhebatkan sebagai projek ikonik.

Aku Janji 7 untuk kita beri keutamaan dan sokongan pada barangan dan perusahaan buatan Malaysia. Akan perkasakan sumbangan PKS, bina lebih banyak RTC dan UTC. Terus pergiatkan pengeluaran dan pengeskportan barangan buatan tempatan dan majukan industri halal.

Aku Janji rakyat Terengganu.

Saya dengan ini menyatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional akan membina lebuh raya Tepoh-Kuala Nerus ke Kelantan yang merupakan sebahagian LPT 3 secara berperingkat.

Aku Janji 8.

Kerajaan Barisan Nasional akan terus mengutamakan ekonomi kehidupan rakyat termasuk tubuhkan Fair Works Commisison untuk tentukan paras gaji pekerja di sektor swasta lebih setimpal.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalin, saya juga ingin menyatakan bahawa Aku Janji ke 9, kita akan pastikan sistem pendidikan kita sesuai dengan masa depan dalam konteks Industrial Revolution 4.0 untuk lahirkan lebih ramai lagi anak-anak kita yang mahir dalam bidang terbaru sebagai data saintis umpamanya, sebagai mereka yang lahir dalam bidang ICT dan sebagainya.

Sekarang ini Aku Janji Negeri Perak pula.

Dalam tempoh lima tahun akan datang, sebuah lapangan terbang baru akan dibina di Seri Iskandar.

Aku Janji ke 10, Barisan Nasional berazam bina sebuah kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti untuk semua rakyat Malaysia. Untuk ini kita cadang untuk adakan Public Private Partnership dengan General Practitioner yang mempunyai klinik masing-masing supaya rakyat dapat akses kepada kualiti kesihatan secara lebih meluas lagi.

Aku janji untuk Negeri Perlis pula, negeri ke-14 terbesar di Malaysia. Dengan ini saya ingin mengumumkan bahawa projek pembangunan lembangan Sungai Perlis dari Kangar ke Kuala Perlis akan dilaksanakan.

Aku Janji ke-11. Kerajaan Barisan Nasional menjamin agar rakyat Malaysia dapat tinggal dalam sebuah Negara yang aman dan selamat maka kita terus memerangi ideology ekstremisme dan perangi jenayah. Nak ucapkan terima kasih kepada angkatan tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia dan semua agensi lain.

Saudara sekalian, Aku Janji pada orang Wilayah pula. Aku Janji Barisan Nasional adalah bahawa kita akan bina lebih banyak projek urban renewal dan urban redevelopment seperti Rumawip dalam tempoh lima tahun akan datang.

Aku janji ke-12 kepada generasi pewaris TN50. Kita akan buat satu pelancaran khas pada orang muda pada 10 haribulan ini. Tapi malam ini memadai saya sebut ikrar kita untuk sediakan anak muda dibawah umur 30 tahun jamin dapat peluang pekerjaan atau latihan sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan lepas tamat belajar.

Aku janji selanjutnya, yang ke-13, penjagaaan anak-anak universal, kita buka dengan ibu dan wanita. Penjagaan kanak-kanak secara lebih menyeluruh akan kita laksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang ini.

Sekarang ini sampai pula akur janji untuk negeri Pahang… mana negeri Pahang.. kita akan tambah peruntukan untuk menambah bilangan rumah mampu milik rumah, rumah kos rendah dan perumahan generasi Felda kedua.

Aku janji terakhir adalah meneruskan agenda pemerkasaan bumiutera sebagai agenda nasional, terus memperteguhkan meninggikan kesyumulan syiar Is

lam dan untuk ini kita akan melahirkan sebanyak 125,000 huffaz pofessional, dalam tempoh lima tahun kita akan menaik tarafkan Darul Al-Quran di Kuala Kubu Bharu menjadi Universiti Al-Quran dan untuk menubuhkan unit di bawah JPM bagi menggalakkan dialog antara agama untuk menentukan meneruskan keharmonian antara agama.

Aku Janji bagi Kelantan pula, pada rakyat Kelantan, jika Barisan Nasional diberi mandat kita akan mempercepatkan lebuh raya dari Gua Musang ke Kota Bharu.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Bukti bahawa Aku Janji yang lalu, kerajaan Barisan Nasional melalui 17 insiatif dan 156 inisitif stratetegik, kita berjaya melakukan 99.4 peratus dalam pelaksaannya, maknanya Barisan Nasional sebuah parti yang boleh dipercayai, berupaya mengota dan menepati janji-janjinya.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Kita tengok sahaja manifesto pembangkang, tidak sampai 17 hari dilancarkan, pemimpin utama mereka sendiri mengakui, bahawa janji-janji dalam manifesto tidak mungkin mereka tunaikan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Satu lagi pantun…

Jika ada dulang disimpan,

Jangan dibiar jatuh terhempas,

Jika ada kuasa ditangan,

Jangan dibiar orang merampas

Dalam manifesto ini, kita buat komitmen kepada rakyat dalam urus tadbir baik atau good governance akan terus diperjuang oleh kerajaan Barisan Nasional, kita janji akan memperbaiki jika ada kelemahan, kita akan meluaskan pentadbiran online untuk mengurangkan masalah rasuah, kita juga mewujudkan dan memperluaskan select comittee di parlimen dan kita akan buat kaedah melayan petisyen awam. Inilah adalah langkah good governance negara kita.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

manifesto yang dilancar malam ini adalah sebuah dokumen yang positif yang mampu dilaksanakan, mampu siap dan mampu memenuhi kehendak dan inspirasi rakyat. Kita percaya dalam tempoh lima tahun akan datang, kita akan bergerak ke hadapan supaya tempat Malaysia di kalangan negara-negara di dunia akan dilonjakkan ke tahap yang lebih tinggi.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Yang mustahaknya Barisan Nasional akan terus mara berkhidmat demi rakyat dan negara.

Alang-alang mahu berjuang,

walau langit turun menimpa,

meskipun bumi terbahagi dua,

biar tiggi kita digantung ,

biar lumat digiling,

biar hancur ditumbuk,

menyerah kalah tidak sekali.

Tuan-tuan dan puan-puan,

seterusnya suka atau tak suka, PRU-14 ini adalah persimpangan penentu yang dianggap paling kemuncak dalam kata lain, inilah satu PRU yang bakal tadibir survival sebuah negara bangsa yang bernama Malaysia.

Sesungguhnya juga, PRU 14 ini akan menjadi penentu destiny, di mana rakyat, jika rakyat memilih Barisan Nasional kita sesungguhnya kita ada pengalaman yang begitu luas, kita ada trek rekod yang terbukti, kita diuji, kita mempunyai clear vision plan untuk memajukan negara dan membangunkan rakyat Malaysia.

Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan, jika rakyat membuat pilihan yang salah, maka natijahnya dan akibatnya amatlah buruk sekali, indeed manifesto pihak pembangkang adalah formula for disaster, kerana setakat ini, tiada satu pun rating agency yang memberi pengiktirafan mahupun pujian pada manifesto pembangkang. Jangan kita menyesal bagai sudah terhantuk baru terngadah.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, let us not wake up the next morning to a Malaysia we no longer recognise. Sebab itulah kita tidak mahu anak cucu kita mencerca dan menghukum kita, nauzubillah

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Akhir kata, akhir kata saya suka buat satu pengumuman istimewa pada malam ini.

Disebabkan ekonomi kita semakin baik dan kedudukan kewangan semakin kukuh, hasil kutipan GST pun bertambah, yang dikutuk-kutuk oleh pembangakang maka, kerajan Barisan Nasional dapat berkongsi nikmat ini kepada rakyat.

Maka saya suka buat empat pengumuman pada malam ini; yang pertama bagi isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah pemberian BR1M pada bulan Jun dan Ogos 2018 yang masing-masing berjumlah RM400 akan digandakan kepada RM800.

Ini bermakna, jumlah keseluruhan pemberian BR1M pada tahun ini meningkat daripada RM1,200 kepada RM2,000.

Kedua; bagi isi

rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000, pemberian BR1M pada bulan Jun dan Ogos 2018 yang masing-masing berjumlah RM300 akan digandakan kepada RM600.

Ini bermakna, jumlah keseluruhan pemberian BR1M pada tahun ini meningkat daripada RM900 kepada RM1,500.

Bagi individu bujang yang berpendapatan RM2,000 ke bawah, yang bujang ni…yang bujang dan mengaku bujang ni, maka BR1M pada mereka yang telah pun dibayar RM450 pada bulan Februari akan ditambah RM150 lagi bererti bahawa RM600 semua sekali daripada RM450.

Pada malam ini, saya ingin mengumumkan satu lagi kategori baru BR1M bagi isi rumah berpendapatan antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan; golongan ini akan dapat BR1M berjumlah RM700 akan dibayar dua kali RM350 masing-masing pada bulan Jun dan Ogos 2018.

Kelima; satu kategori baru saya ingin umumkan juga bantuan sekali atau one-off sebanyak RM1,500 diberikan untuk anak-anak penerima BR1M yang berjaya berdaftar di pusat pengajian tinggi.

Saudara-saudari yang dikasihi sekalian,

Sebagai penutup bicara saya ingin menyeru sekalian yang hadir agar kita dapat bertenang dan berdiam sebentaer sama2 kita tunjukkan kesatuan kita dan marilah kita mengaminkan doa, hakikatnya kepada Allah jualah yang kita perlu bertawakal dan memohon pertolongannya.

Bismillahirrahmanirrahim…

Dengan nama Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Ya Tuhan semesta alam,

Kami ingin terus merafak harapan membumbung kepadamu biarpun burung-burung berhenti bersiulan,

Sekali pun bumi ini kontang tidak menghijau lagi,

Hatta alam sekeliling jadi membisu,

Mohon barang dijauhkan oleh-Mu Ya Tuhan daripada sebarang malapetaka menimpa Malaysia tercinta ini.

Dikau terus berkatilah perjuangan parti Barisan Nasional yang telah terbukti jasanya lebih enam dekad ini.

Demi mepertahankan masa depan tanah air kita daripada ancaman pendusta dan pelelong bangsa.

Dikau berilah peluang kemenangan kepada kami di dalam Pilihanraya Umum ke -14 ini dengan membuka pintu hati rakyat akan memberi kepercayaan dan mandat kepada kami sekali lagi untuk terus berkhidmat demi Malaysia tercinta.

Demi membina sebuah masa depan yang lebih baik, bukan saja untuk kita tetapi untuk anak cucu keturunan kita kelak.

Ya Allah Ya Tuhan,

Dalam perhimpunan pelancaran manifesto yang bermakna malam ini,

Kami berikrar, kami bersumpah kami berjanji bahawa untuk malaysia tercinta dan rakyat yang terkasih seandainya kami terus diberi peluang dan dimandatkan untuk mentadbir dan memerintah tanah air ini.

Tidak sesekali kami lalai dan leka,

Kami akan perbaiki kelemahan yang telah lalu dan kali ini kami akan berjuang habis-habisan ketitisan darah yang terakhir demi menjulang malaysia ke persada antarabangasa..

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Atas segalanya saudara-saudari,

Marilah kita semua bersatu hati gantungkanlah azam,

Genggam erat semangat dan cita-cita yang tinggi setinggi bintang kejora di langit pada persimpangan yang muktamad ini,

Bak resmi pendekar dulu kala pabila keris sudah tersisir di pinggang.

Pabila selempang sudah terletak di badan, pantang undur pendekar Berulang.

Perang kali ini kita lawan habis-habisan,

Perang kali ini kita mesti menang.

Tidak sekali-kali akan dilepas kepada pembangkang.

Putrajaya mesti dipertahankan!

Putrajaya mesti dipertahankan!

BN.. Rakyat.. Negaraku… Malaysia.

Terima kasih Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

—————
https://pakdin.my/tag/manifesto/

#FailedState
#Corruption
#Fitnah
#PakatanHipokrit
#TunM93Tahun
#KekalBN
#RespectMyPM #BarisanProRakyat
#UndilahBarisanNasional
#UndilahBN
#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat
#JanjiDitepati

UTAMAPILIHAN RAYAManifesto BN: Ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium