Masyarakat Suluk Di Sabah Tak Perlu Takut – Musa Aman - pakdin.my

Musa Aman
Musa Aman

KUDAT: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata masyarakat Suluk tempatan, yang merupakan warganegara Malaysia, tidak perlu takut kerana pihak berkuasa mempertingkat operasi keselamatan di Sabah.

“Adalah tidak wajar untuk menyalahkan masyarakat Suluk tempatan di negeri ini dalam insiden pencerobohan Lahad Datu kerana tindakan itu dilakukan pengikut (Jamalul) Kiram,” katanya ketika melancarkan Yayasan Sabah dan Roadshow Rakyat di Pusat Komuniti Tun Mustapha di sini, Sabtu.

Beliau berkata kebanyakan penduduk Sabah mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kaum Suluk.

“Saya tidak fikir ada masalah (tetapi) kita akan mempertahan Sabah hingga ke akhirnya daripada orang luar yang cuba menceroboh negeri ini. Kami bersetuju dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) bahawa Malaysia tidak akan menyerah walau seinci pun negeri Sabah… Sabah milik rakyat Sabah,” katanya.

Musa, yang juga pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri, berkata atas alasan inilah Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) diwujudkan.

Ketua Menteri juga mendedahkan sebuah balai polis akan segera dibina di Pulau Banggi yang terletak berhampiran sempadan maritim antarabangsa di utara perairan Sabah.

Beliau kemudian menyaksikan penyampaian sumbangan berjumlah RM35,000 untuk Tabung Perwira Lahad Datu daripada wakil yang dilantik dan individu.

Terdahulu, Musa berhenti sejenak ketika berucap untuk menghadiahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada anggota keselamatan yang terbunuh di Lahad Datu.

“Kami berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan kerana mempertingkat kehadiran pasukan keselamatan bagi memastikan Malaysia, khususnya Sabah, adalah selamat.

“Kita mesti menaruh sepenuh kepercayaan kepada pasukan keselamatan kita,” katanya.

UTAMABERITASABAHMasyarakat Suluk Di Sabah Tak Perlu Takut - Musa Aman

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium