Mat Sabu Tukar Pendirian, Bersetuju Dengan Keputusan Majlis Syura Ulama PAS - pakdin.my

 KOTA BAHARU, 15 Jan  — Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, menukar pendirian bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS iaitu Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata pendiriannya mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu seperti diminta Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, adalah sama dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS.

“Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura (Ulama PAS),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Markas Pilihan raya Muslimat PAS Kota Baharu di sini, malam tadi.

Beliau mengulas keputusan mesyuarat Majlis Syura PAS Ahad lepas, yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menegaskan tindakan menterjemah perkataan ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna.

UTAMAPOLITIKMat Sabu Tukar Pendirian, Bersetuju Dengan Keputusan Majlis Syura Ulama PAS

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium