Maut ditikam bertubi-tubi hanya disebabkan rokok - pakdin.my

Hasrat seorang pemuda membeli rokok di sebuah kedai runcit berakhir dengan tragedi apabila maut ditikam bertubi-tubi oleh peniaga terbabit di Taman Bandar Baru Sungai Lalang di sini malam tadi.

Kejadian berlaku pukul 12 tengah malam, apabila mangsa, S. Periyanaiker, 18, dikatakan pergi ke kedai runcit berdekatan rumahnya untuk membeli rokok.

Peniaga yang berusia lingkungan 50-an semasa itu dikatakan sedang minum minuman keras bersama seorang lagi rakan dan enggan melayani mangsa.

Bagaimanapun Periyanaiker tetap bertegas mahu membeli rokok sehingga berlaku pergaduhan sebelum dia ditikam bertubi-tubi di bahagian dada dengan pisau.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu segera menghantar mangsa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan namun, pemuda itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Tidak lama kemudian, beberapa kenalan mangsa yang mengetahui kejadian dikatakan tidak berpuas hati dengan suspek dan bertindak membalas dendam.

Akibatnya, peniaga berkenaan turut mengalami kecederaan parah selepas ditikam oleh beberapa lelaki. Suspek kemudian dihantar ke HSAH dengan bantuan ambulans.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika mengesahkan kejadian itu berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, polis kini melancar gerakan memburu beberapa lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut.

Beliau meminta orang ramai yang menyaksikan atau mempunyai maklumat mengenai kejadian menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di talian 04-4232222 untuk membantu siasatan.

UTAMABERITAMaut ditikam bertubi-tubi hanya disebabkan rokok

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium