Maut motosikal rempuh kereta di Jalan Bukit Beruntung – Rasa - pakdin.my

kemalangan-maut-jalan-rasa-bukit-beruntung

Kuala Kubu Bharu: Lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh kereta dalam kemalangan di Jalan Bukit Beruntung-Rasa, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa, Mohd Nor Saffuan Mat Yunus, 28, dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke Taman Widuri, di sini, maut kerana mengalami kecederaan di kepala.

Akibat rempuhan itu juga, motosikal yang dinaiki mangsa bersama kereta yang dirempuhnya terjunam ke dalam gaung sedalam tiga meter.

Kemalangan itu turut menyebabkan dua lagi kenderaan remuk selepas gagal mengelak antara satu sama lain.

Mayat mangsa di bawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat manakala pemandu kereta yang dirempuhnya itu menerima rawatan di hospital sama.

UTAMABERITAMaut motosikal rempuh kereta di Jalan Bukit Beruntung - Rasa

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium