MB Selangor Dan Pemimpin PKR Kantoi MENIPU Dan Memfitnah JAKIM

Semalam, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan adalah tidak adil beliau dikritik kerana konsert penyanyi Amerika Syarikat, Selena Gomez tahun lalu.

“Kerajaan (Selangor) tidak apa-apa kaitan dengan konsert itu kerana ia diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” kata Azmin

Tetapi, hari ini Jakim menafikan pihaknya meluluskan konsert penyanyi dari Amerika Syarikat, Selena Gomez di Shah Alam tahun lepas.

Ketua Pengarah Jakim Tan Sri Othman Mustapha berkata, kelulusan persembahan untuk konsert seperti itu tidak terletak di bawah bidang kuasanya.

“Tuduhan seperti ini boleh menjejaskan reputasi dan kredibiliti Jakim sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

“Saya memohon kerjasama beberapa pihak untuk membuat rujukan dengan kami terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan berkaitan Jakim,” kata Othman.

Macam ini pun mahu basuh tangan, menipu dan memfitnah pihak lain? Ini tahap Menteri Besar ke?

LSS.

Rujukan:

Ahad: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/04/30/selena-azmin/

Isnin: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/05/01/jakim-nafi-lulus-konsert-selena-gomez/

10 Replies to “MB Selangor Dan Pemimpin PKR Kantoi MENIPU Dan Memfitnah JAKIM

Leave a Reply