MEDIAN PENDAPATAN ISI RUMAH MENINGKAT 5.62 KALI, KOS PEMILIKAN KERETA MENINGKAT TIDAK SAMPAI 3 KALI GANDA BERBANDING 1989

Menurut data Jabatan Perangkaan Negara bagi pendapatan isi rumah, pendapatan Median bulanan isi rumah pada tahun 1989 (27 tahun yang lalu) adalah RM816 sebulan. Manakala pada tahun 2014, RM4,585 sebulan – atau 5.62 kali ganda.

Pada tahun 1989, kereta yang paling murah boleh dibeli adalah kereta 1 bintang dari segi keselamatan (tiada siapa yang akan mempertikaikannya) Proton Saga 1.3 Manual dengan harga RM17,575. Cukai jalan ketika itu pula RM100 setahun.

Kereta ini berkadar kuasa pada 94hp dan 120 Nm tork dan penggunaan bahan api sebanyak 7.3 liter bagi setiap 100 km manakala harga petrol RON92 berplumbum adalah RM1.06 seliter.

Maju ke hadapan bagi tahun 2016, Proton Saga 4 bintang dari segi keselamatan baru berharga RM36,800 untuk varian Standard manual dengan cukai jalan RM20 setahun – lebih rendah berbanding RM100 pada tahun 1989.

2016, Proton Saga baru berkuasa 94 hp dan 120 Nm tork dengan penggunaan bahan api 5.4 liter bagi setiap 100 km.

Kereta baru adalah lebih besar, spesifikasi lebih baik, lebih selamat, mempunyai prestasi yang lebih baik dan kurang penggunaan bahan api.

Walaupun pendapatan median kini adalah 5.62 kali ganda berbanding tahun 1989, kereta yang lebih baik melibatkan perbelanjaan 2.1 kali ganda kos 1989.

Jika kita memandu 1,000km sebulan, pada tahun 1989 kita perlu membayar RM77.38 kos petrol (RON92) sebulan berdasarkan harga petrol ketika itu dan kadar penggunaan bahan api kereta ketika itu 7.3 lt/100km.

Pada harga semasa petrol (RON95) RM2.30 dan kadar penggunaan bahan api model baru ini adalah RM124.20 sebulan atau 1.6 kali ganda.

(Dalam awal tahun 2016 apabila harga petrol hanya RM1.60, kadar penggunaan sebulan adalah RM86.40 – atau hanya 1.12 kali daripada harga tahun 1989, 27 tahun yang lalu).

Ringkasnya, tahap pendapatan anda kini 5.62 kali lebih tetapi kos kereta lebih baik dari 27 tahun dulu adalah 2.1 kali ganda manakala kos petrol bulanan anda kini 1.6 kali lebih manakala cukai jalan ada yang kata tidak masuk akal 5 kali kurang pada 2016 (RM20) berbanding tahun 1989 (RM100).

Sebagai pemandu, tidak diragukan lagi kereta kita dan kos penggunaan adalah lebih murah sekarang dan taraf hidup kita adalah jauh lebih baik daripada 27 tahun yang lalu.

20161124-kos-sara-hidup-bandingan-sekarang-zaman-mahathir

Rujukan:
http://www.epu.gov.my/sites/default/files/jadual%203%20-%20pendapatan%20kasar%20bulanan%20isi%20rumah%20penengah%20mengikut%20kumpulan%20etnik%2c%20strata%20dan%20negeri%2c%20malaysia%2c%201970-2014.pdf

KOS SARA HIDUP MOGA DIMAKBULKAN DAPAT MERASAI HIDUP ZAMAN MAHATHIR
http://pakdin.my/yang-ratibnya-tertekan-dengan-kos-sara-hidup-moga-dimakbulkan-dapat-merasai-hidup-zaman-mahathir/

Leave a Reply