Menteri Dolak-Dalih Bila BN Tanya Kenapa ‘Flip-Flop’ Isu Keretapi Laju

#KERAjaanPenipu #KERAjaanTomato #RejimMahathirUneducated #MenteriTomato

Kalau ada kos tersembunyi oleh kerajaan terdahulu, DEDAHKAN LAH. Sekarang sudah jadi kerajaan dan tentu tahu apa-apa kos tersembunyi. Adakah kerajaan Singapura juga ada menyembunyikan kos?

Jangan berterusan menimbulkan persepsi untuk menipu rakyat terutama macai pemakan ikan kembung.

…………..

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berdolak-dalih ketika memberikan jawapan apabila ditanya ahli parlimen Barisan Nasional (BN) berhubung isu kos Projek Landasan Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Menjawab soalan dari Ahli Parlimen Pekan (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak tentang bagaimana kerajaan Pakatan Harapan (PH) secara tiba-tiba mendakwa kos pembinaan projek HSR meningkat kepada RM110 bilion daripada RM74 bilion, sedangkan tender antarabangsa hanya akan ditutup pada 28 Disember tahun ini, Azmin berkata ianya hanya perkiraan kos, dan bukanlah harga tender.

Soal Najib, HSR dijalankan secara tender antarabangsa terbuka dan dengan penglibatan pemain luar negara, pastinya ada negara boleh memberi pinjaman antara kadar 0% hingga 0.1% daripada kos keseluruhan projek.

Lantaran, bekas Perdana Menteri itu menolak perkiraan kerajaan PH bahawa HSR bakal menelan belanja sehingga RM110 bilion.

“Sebab itu saya jawab tadi ianya adalah perkiraan kos, dan bukannya harga tender projek,” jawab Azmin.

Soalan Najib berkaitan jumlah pekerjaan yang akan hilang secara langsung dan tidak langsung sekiranya projek HSR dibatalkan tidak dijawab Azmin.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ayer Hitam (BN) Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengemukakan soalan tambahan kepada Azmin – sekali lagi mempertikaikan keputusan ‘flip-flop’ kerajaan berhubung isu HSR.

“Apa yang ditanya (Najib), kenapa tiba-tiba kos meningkat RM110 bilion sedangkan tiada satu angka kos mencecah RM110 bilion. Dan kalau kita masih ingat, sebelum ini (kosnya) sekitar RM55 bilion hingga RM74 bilion dan ianya adalah tender bersama antara Malaysia dan Singapura dan seperti di sebut YB Pekan, (tender) akan ditutup pada 28 Disember.

“Persoalannya bagaimana tiba-tiba RM74 bilion mencecah RM110 bilion dalam tempoh tak sampai satu bulan. Dan jika kita ingat pada 28 Mei, Perdana Menteri mengumumkan batal terus (projek HSR) dan pada 12 Jun (Perdana Menteri) pergi ke Jepun dan kata akan kaji semula,” soal Wee mempertikaikan mengapa berlaku ‘U-turn’ berkaitan pembatalan projek HSR.

Jawab Azmin, perjanjian dimeterai sebelum ini mempunyai klausa membenarkan mana-mana pihak membatalkannya tertakluk kepada syarat yang dipersetujui.

Azmin kemudiannya menjawab banyak kos yang tersembunyi dan tidak didedahkan oleh kerajaan sebelum ini dan menjadi tugas kerajaan PH kini untuk mendedahkannya kepada rakyat.

Ahli Parlimen Gombak itu walaubagaimanapun tidak mendedahkan mengapa kos tersebut meningkat sehingga RM110 bilion dan tidak menjawab mengapa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mengubah keputusan membatalkan projek HSR.

…………
http://pakdin.my/tag/hsr

214
Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Mike Raman
Guest

Azmin kaki penipu Number Satu,tanya dia banyak soalan buat bodoh lepas senyuman bodoh…

ZamZam Zarawi
Guest

Semua nk songlap..mkn besa ph..bilion ter..hahaha..xyh jilat ph r

Mohamad Mat Isa
Guest

Macai Xfhm jwpan menteri PH..Tanda Macai xsekolah..Taraf jd macai umporno.

Jimmy Guy
Guest

Berkotak-kotak wang dan barang kemas kat rumah tapi masih tak malu tunjuk muka kat parlimen.

Awang Bosi
Guest

Hahaha…kosiann den nengok montori ekonomi ph ni…nk spin pun agak2 laa..klau ador yg trsombunyi,trsoruk bwh mejo,trsusop bwh almari ko so ekau bg open laa lam… Read more »

Mohd Nor
Guest

Kerajaan pendusta

Azjimi Sally
Guest

Kos 50 – 70 billion kos yg diumumkkn amnobn,kos tersembunyi dirahsiakn kerajaan amnobn.Ini Azmin bongkarkn kos yg sebenarnya lebih 100billion.Tersentap pembangkang bila rahsia dibongkarkn oleh… Read more »

Ahmad Tarmizi
Guest

Bn dh bnyk pengalaman Ph pulak bru nk belajar kelentong sana kelentong sini… bawak lerrr bomoh bru

Daunah Mohd Zain
Guest

Dasar Kerajaan PH raja penghasut dan penipu, pemfitnah. Terkapai2 Azmin Ali tidak dapat menjawab soalan DSN di Dewan Rakyat. Pg duduk pra Sekolah dulu belajar… Read more »

Sofea Syahiran
Guest

parlimen kali ni trbaik!!pembangkan tanya pnjg lebar mnteri jwb smple..masih dlm kajian..dah 60 hari tangguh bersidang pn x hbs study rules dlm parlimen..pnsyarah law blh… Read more »