Metro Mekah Kurangkan Kesesakan Ke Arafah - pakdin.my

Sistem monorel Al Mashaaer Al Muqaddassah Metro Southern Line atau Mekah Metro siap sepenuhnya untuk beroperasi.

Perkhidmatan itu sekaligus dapat mengurangi kesesakan jalan raya untuk jemaah bergerak ke padang Arafah bagi melakukan wukuf.

Menurut Penolong Pengurus Stesen Arafah Satu, Yuszaini Mohd Yusop, — berbanding tahun lalu operasinya hanya 35 peratus.

…. Kini boleh digunakan sepenuhnya bagi membawa jemaah haji antara Arafah dan Mina.

Sistem monorel itu mempunyai sembilan stesen membabitkan tiga lokasi utama–Arafah, Muzdalifah dan Mina dengan jarak 20 kilometer.

Ia mampu menampung maksimum sehingga 4000 penumpang bagi setiap perjalanan.

Monorel dengan kelajuan 80 kilometer sejam ini juga dilengkapi pendingin hawa, peralatan keselamatan dan kecemasan serta pemantauan kamera litar tertutup, CCTV.

146 kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad, KTMB turut di beri kepercayaan pihak berkuasa Arab Saudi untuk mengendalikan perkhidmatan Mekah Metro

UTAMABERITAMetro Mekah Kurangkan Kesesakan Ke Arafah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium