#MH17: 4 Anak Dan Balu Reda Pemergian Shaikh Mohd Noor (video)

mh17 Anak Dan Balu Reda Pemergian Shaikh Mohd Noor

Jenazah allahyarham Shaikh Mohd Noor yang juga anak kapal mangsa tragedi MH17 terakhir, selamat dikebumikan jam 12 tengah hari tadi , di Tanah Perkuburan Sungai Jati, Klang, Selangor.

Terdahulu, jenazah allahyarham, dibawa ke kediamannya selepas istiadat penghormatan, sebelum di bawa ke Masjid Diraja Sultan Sulaiman tepat jam 10.30 pagi untuk disembahyangkan.

Solat jenazah di imamkan, Imam Waris Haiyon disertai lebih 200, keluarga dan kakitangan MAS.

Jenazah kemudian diiringi ke Tanah Perkuburan Sungai Jati untuk dikebumikan dan memberikan penghormatan terakhir kepada Ketua Pramugara pesawat MH17 itu.

 

 

Leave a Reply