#MH370: Harapan Menemui Bangkai Pesawat Dalam Masa Beberapa Hari - pakdin.my

MH370-under-water-ping

Perth: Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia yang mengetuai carian pesawat MH370 berkata pada hari ini, beliau menaruh harapan bangkai pesawat akan ditemui dalam masa beberapa hari.

“Mudah-mudahan dengan banyak penghantaran isyarat kawasan carian semakin hampir dan mengecil, mudah-mudahan dalam masa beberapa hari kita akan dapat mencari sesuatu di bahagian dasar yang mungkin mengesahkan dan mengisytihar bahawa ini adalah tempat terakhir MH370,” kata Angus Houston.

Setakat ini empat transmisi isyarat telah dikesan oleh  Kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield, yang menggunakan peralatan Tentera Laut Amerika Syarikat untuk mengesan isyarat yang dipancarkan oleh kotak hitam pesawat.

“Saya percaya kita sedang mencari di kawasan yang betul,” kata Houston, selepas mendedahkan bahawa analisis pakar daripada dua isyarat pertama menunjukkan ianya konsisten dari kotak hitam pesawat.

Beliau berkata sebaik sahaja kerja-kerja mengesan bunyi dalam air itu selesai, dan tidak ada harapan untuk mendengar apa-apa lagi, ‘autonomous underwater vehicle‘ akan diturunkan untuk melihat ke dasar laut.

“Saya tidak akan mengesahkan apa-apa sehingga sesiapa dapat melihat sendiri bangkai pesawat,” katanya.

UTAMABERITA#MH370: Harapan Menemui Bangkai Pesawat Dalam Masa Beberapa Hari

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium