MH370: Serpihan pesawat ditemui di Pulau Reunion, Lautan Hindi dipercayai pesawat MAS yang hilang

MH370-debris_5

Serpihan pesawat yang dipercayai milik MH370, pesawat Malaysia Airlines yang hilang, ditemui terdampar di Pulau Reunion, Lautan Hindi.

mh370--pulau- Reunion

Serpihan yang dihanyutkan ke pulau tersebut boleh jadi merupakan bahagian dari  Boeing 777, model yang sama seperti pesawat MH370  yang hilang pada tahun lalu.

Menulis pada blog, pakar keselamatan penerbangan Perancis dan bekas pilot Xavier Tytelman, berkata imej menunjukkan persamaan dengan bahagian sayap Boeing 777.

Perbandingan lukisan skematik  pesawat Boeing dan imej sayap yang ditemui, Tytelman berkata terdapat kemungkinan bahawa bangkai yang ditemui merupakan  serpihan MH370.

Polis yang mengangkat bahagian pesawat yang ditemui itu berkata, tulisan berupa nombor pada bangkai masih jelas, dan mudah untuk membandingkannya dengan rekod pesawat yang hilang untuk mendapatkan jawapan yang muktamad sama ada serpihan itu benar-benar tidak datang dari MH370.

Beliau menambah bahawa sekeping serpihan yang menyerupai sebahagian daripada sayap, masih agak utuh, dan di percaya ia telah berada dalam air selama kira-kira setahun.

Penemuan ini belum lagi menjadi bukti kukuh bahawa bangkai ini ialah MH370 dan keputusan muktamad asal-usul serpihan yang ditemui akan diketahui tidak lama lagi.

La Reunion berada terlalu jauh dari kawasan yang di jangkakan merupakan tempat berakhirnya MH370, di laut di sebelah barat Australia.

Pulau ini terletak di lautan Hindi, kira-kira 2,800 batu dari kawasan pencarian yang sedang dijalankan sekarang ini.

Walau bagaimanapun, menurut Tytelman, tidak mustahil bahawa kepingan serpihan boleh dihanyutkan jauh oleh arus di lautan dalam tempoh setahum.

Penerbangan Malaysia MH370 hilang pada 8 Mac 2014, dengan 239 orang penumpang dan anak kapal.

Ia hilang dari skrin radar tidak lama selepas berlepas, memaksa pasukan antarabangsa mencari bangkai menggunakan anggaran lokasi dalam pencarian mereka.

Zon carian kini merangkumi lautan seluas beratus ribu batu persegi. Tiada ‘ping’ radar dari bangkai pesawat yang boleh memberikan petunjuk lokasinya sebenar dan memaksa diisytiharkan pesawat telah mengalami kemalangan dan membuat andaian semua mereka di atas kapal kini mati.

Loading...

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini