Minta Bantuan Penghina Islam Selepas Hina Penguasa Islam – SAMPAH! - pakdin.my

wpid-ali-jalil-alvin-tan.jpg.jpeg

Ada kata-kata Inggeris yang berbunyi bird of a feather flock together.Jadi apa nak hairan kalau begini halnya.

Ini memang sah sampah.Bayangkan seorang Islam dengan bangganya memberitahu dunia dia menerima nasihat dari orang yang sah-sah persenda agama Islam dan hobinya seks dan berbogel.

Entah apa fahaman yang menjadi ikutan Ali Abdul Jalil,aktivis pembangkang (gambar tengah, bersama rakannya Adam Adli baru-baru ini) yang cabut lari ke Sweden kerana takut berdepan dengan tiga dakwaan dibawah Akta Hasutan kerana menghina ‘penguasa Islam’ .

Kini sudah terbuka Ali dan Alvin Tan saling berhubung dalam gerak langkah untuk lari ke luar negara.

Alvin,blogger seks yang menghina Islam dengan aksi ucapan Selamat Berbuka Puasa di facebooknya berserta gambar hidangan daging babi Bak Kut Teh mengakui dia yang sepenuhnya memberi panduan dan jalan kepada Ali untuk lari.

Dia beri tabik hormat kepada Ali yang lari dari tiga kes mahkamah bawah Akta Hasutan kerana menghina Sultan Selangor dan Johor atas ‘ keberaniannya’.

Alvin yang cipta nama menerusi pelbagai aksi ‘ terlampau’  dalam blog dengan pasangannya Vivian Lee berceramah di facebooknya langkah terbaik untuk meneruskan perjuangan politik ialah dari luar negara kerana sia-sia reput dalam penjara.

Soalnya sejak bila mamat yang bernama Alvin menjadi seorang pejuang politik kecuali aksi pengecutnya lari tinggalkan teman wanita,Vivian untuk tanggong sendiri kes mahkamah.

Dalam posting terbaru di facebooknya dari Sweden ,Ali pula tanpa segan silu ucap terima kasih kepada buruan polis yang lari ke Amerika untuk elak perbicaraan kes hina Islam dan gelagatnya yang tidak bermoral.

“Thanks to my friend Alvin Tan… He did advice (sic) me and tell what am I suppose to do,” katanya.

Ewah…dengan gelagat super songsang itu mereka berdegar-degar mendakwa kerajaan Malaysia melayan mereka macam sampah.

Harap-harap ada yang tak muntah dengar azam pasangan ini hendak berjuang ‘ betulkan’ kerajaan dari luar negara.

Siapa tahu berkat perjuangan gigih serta paduan tenaga Alvin dan Ali rakyat Malaysia dapat diperbodohkan menerima fahaman ‘tunggang terbalik’ mereka

UTAMABERITAMinta Bantuan Penghina Islam Selepas Hina Penguasa Islam - SAMPAH!

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium