Misi Mercy Ke Somalia Diteruskan

Di sebalik insiden terbaru di Mogadishu yang mengorbankan krew media Malaysia itu, Mercy Malaysia memaklumkan misi kemanusiaannya di Somalia, akan diteruskan, buat masa ini.

DATUK DR FAIZAL PERDAUS/ PRESIDEN MERCY MALAYSIA
Buat waktu ini, maklum balas yang kita terima dari pihak berkuasa Bangsa-Bangsa Bersatu dan pihak berkuasa di Somalia bahawa keadaan masih terkawal keseluruhan, sekiranya keadaan menjadi tidak terkawal dan keadaan keselamatan menjadi lebih teruk, kita mungkin akan membuat keputusan selain daripada meneruskan misi tetapi buat waktu ini, kita masih meneruskan misi, cuma akan meningkatkan kesiapsiagaan dan persediaan dari segi keselamatan.

Katanya, pasukan pertama Mercy sudah berada di Somalia sejak 25 Ogos lalu.

Pihaknya sedang menunggu laporan terperinci daripada seorang anggotanya dari Somalia, yang akan pulang ke tanahair Isnin depan untuk memaklumkan mengenai tahap keselamatan di Somalia dan sama ada Mercy perlu menghantar pasukan keduanya selepas ini.

Leave a Reply