Mitos Bumiputera dan Islam Tidak Terjejas Jika DAP Berkuasa - pakdin.my

#MenangSorakKampungTergadai #MalaysiaMemilih #MalaysiaBaru #FaktaBukanAuta

Selalu sangat bekas ahli UMNO yang kini dalam PPBM dan PKR berhujah jika Pakatan menang pun DAP tidak boleh ubah Perlembagaan babitkan kepentingan Islam, Bumiputera, bahasa Melayu dan Raja-Raja kerana ia dilindungi oleh YDP Agong.

Ini hujahan naif.

Apa yang mereka tidak faham ialah fasal-fasal tersebut tidak bermakna apa-apa tanpa polisi yang digubal dan dilaksanakan oleh kerajaan.

Contohnya Mara. Ia ditubuhkan untuk memenuhi kehendak Perlembahaan mengenai kedudukan Bumiputera.

Namun menutup Mara atau mengurangkan peruntukan untuk Mara tidak memerlukan perubahan Perlembagaan dan kebenaran YDP Agong.

Mengurangkan peruntukan agama Islam tidak memerlukan kebenaran YDP Agong dan Parlimen.

Apa yang ramai orang tidak faham ialah kedudukan agama Islam, Bumiputera dan Bahasa Melayu bukan ditentukan oleh Perlembagaan tetapi oleh polisi-polisi yang dibuat oleh pemerintah.

Menghapus atau mengurangkan polisi-polisi pro-Bumiputera termasuk program-program bantuan kepada usahawan Bumiputera dan pelajar bumiputera adalah keputusan pentadbiran kerajaan.

Peruntukan dan jumlah ini ditentukan oleh kerajaan bukan oleh Perlembagaan dan Parlimen.

Jadi tanpa polisi yang memenuhi kehendak fasal-fasal tersebut, maka fasal-fasal tersebut hanya kekal dalam Perlembagaan tanpa sebarang sumbangan signifikan kepada masyarakat bumiputera.

Justeru ketika anda mahu merebut kuasa, jangan mengelirukan rakyat dengan hujah kononnya kedudukan semua ini tidak akan terjejas langsung.

……………..


……………..
Lihat video:
https://youtu.be/iI-kVj7C94U
……………..

  • Ab Jalil Backer

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10216335523321073&id=1244194023

…………..
Rujukan:
https://pakdin.my/tag/melayu

https://pakdin.my/tag/islam

https://pakdin.my/tag/raja

https://pakdin.my/bila-melayu-nak-sedar/

https://pakdin.my/video-pengakuan-bekas-ahli-dap-menjadikan-malaysia-negara-kristian/

UTAMAPOLITIKMitos Bumiputera dan Islam Tidak Terjejas Jika DAP Berkuasa

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium