MUHYIDDIN DAN MUKHRIZ DIPECAT, SHAFIE DIGANTUNG DARIPADA UMNO – NAJIB - pakdin.my

MT juga menerima saranan Pergerakan Pemuda hentikan bantuan kewangan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana. 

MT juga menerima saranan Pergerakan Pemuda hentikan bantuan kewangan kepada Yayasan Kepimpinan PerdanaTan Sri Muhyiddin Yassin, yang sebelum ini digantung sebagai Timbalan Presiden UMNO, dipecat daripada parti hari ini bersama bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir kerana melakukan pelanggaran disiplin.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula digantung keahliannya sehingga Majlis Tertinggi (MT) UMNO menerima laporan daripada Jawatankuasa Disiplin parti.

Keputusan itu dibuat oleh anggota MT secara sebulat suara pada mesyuarat hari ini, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO di sini hari ini.

“MT ambil keputusan sebulat suara memecat Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz atas pelanggaran disiplin, lebih-lebih lagi berada atas pentas bersama pemimpin pembangkang serta serang pimpinan dan parti…itu satu kesalahan besar,” katanya.

Sementara itu, MT juga menerima saranan Pemuda UMNO untuk mengentikan semua kewangan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana Tun Mahathir Mohamad kerana digunakan sebagai pusat untuk merancang jatuhkan kerajaan secara tidak demokratik dan tidak sah.

“Tidak wajar beri sumbangan kepada Yayasan Perdana termasuk kakitangannya. Pihak pentadbiran akan ambil tindakan,” kata Najib.-

Turut hadir Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Wanita Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Pemuda Khairy Jamaludin.

UTAMAPOLITIKMUHYIDDIN DAN MUKHRIZ DIPECAT, SHAFIE DIGANTUNG DARIPADA UMNO – NAJIB

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium